Kata Pemeri: Takrifan & Contoh Ayat

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu pembelajaran yang penting adalah Kata Pemeri.

Berikut merupakan takrifan dan contoh ayat mengenai kata ini.

Takrifan Kata Pemeri

Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.

Kata ini juga berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu ayat.

Namun, kata ini tidak perlu digunakan jika predikat ayat ialah frasa kerja.

Jenis Kata Pemeri

Terdapat 2 jenis kata ini iaitu:

  • Ialah: diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. Ia juga turut digunakan untuk menunjukkan persamaan.
  • Adalah: diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ia menunjukkan huraian atau keterangan.

Contoh Ayat

Contoh ayat bagi kata ini boleh dilihat menerusi contoh di bawah:

i) Ialah

  • “Rumah banglo mewah ini ialah rumah Datuk Hamzah”- Dalam ayat ini perkataan ialah diletakkan di hadapan frasa nama iaitu rumah Datuk Hamzah.
  • “Bungkusan hadiah itu ialah daripada kenalan barunya itu”- Perkataan ialah dalam ayat ini diletakkan di hadapan frasa nama iaitu kenalan barunya.

ii) Adalah

  • “Siti adalah anak emas kepada pasangan Datin Lily dan Dato’ Munir”- Anak emas merupakan frasa adjektif yang diletakkan di hadapan perkataan ialah.
  • “Arahan itu adalah daripada Ketua Jabatan Perolehan.”- Perkataan adalah dalam ayat ini diletakkan di hadapan frasa sendi nama iaitu daripada.
Bantu kami share artikel ini: