Salah satu kata terbitan di dalam tatabahasa Bahasa Melayu adalah Kata Nama Terbitan.
Bagi memahami perkara ini, murid-murid mestilah mengetahui maksud dan contoh kata nama ini.
Mengenai Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan ialah perkataan baru yang terbit apabila sesuatu kata dasar menerima sama ada imbuhan awalan, akhiran, atau imbuhan ampitan.
Dalam bahasa yang lebih mudah, kata nama ini wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
- Di awal kata (awalan)
- Di akhir kata (akhiran)
- Di awal dan di akhir kata (apitan)
Contoh-contoh imbuhan adalah seperti berikut:
di awal kata | pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke |
di akhir kata | -ita, -man, -wati, -an, dan -wan |
di awal dan di akhir kata | per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an |
Jenis Kata Nama Terbitan
Kata nama ini digunakan bagi jenis kata dasar berikut:
Jenis Kata Dasar | Kata Dasar | Kata Nama Terbitan |
kata kerja | peraga latih bawa lawan | peragawati latihan pembawaan perlawanan |
kata sendi | oleh untuk | perolehan peruntukan |
kata nama | lombong rumah guru | perlombongan perumahan perguruan |
kata adjektif | cantik besar tinggi | kecantikan pembesar ketinggian |
Contoh Ayat
Contoh ayat berkaitan dengan kata nama ini adalah seperti berikut:
Ayat Yang Salah | Ayat Yang Betul |
Kejalanan saya yang menuju ke Ipoh mengambil masa selama tiga jam. | Perjalanan saya yang menuju ke Ipoh mengambil masa selama tiga jam |
Pembangun di kawasan ini sudah semakin pesat. | Pembangunan di kawasan ini sudah semakin pesat. |
Kegunungan di kawasan itu sangat indah. | Pergunungan di kawasan itu sangat indah. |
Contoh Latihan
Contoh latihan yang boleh dilakukan oleh murid-murid adalah seperti berikut:
Nota Ringkas
Nota ringkas bagi kata nama ini boleh dirujuk menerusi file di bawah: