Di dalam tatabahasa Bahasa Malayu, salah satu pembelajaran yang perlu dipelajari murid adalah Kata Kerja Transitif.
Perkara ini penting dalam bagi menastikan penggunaan kata kerja tersebut tepat berdasarkan penggunaannya.
Maksud Kata Kerja Transitif
Kata kerja ini ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Dalam erti kata lain, kata kerja ini merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
Sebagai contoh, ayat yang berkaitan dengan kata kerja ini:
Halim melihat Bulan
Di dalam ayat tersebut, Bulan ialah objek yang dilihat manakala perkataan melihat adalah kata kerja yang didahului oleh Halim yang merujuk kepada frasa nama.
Pembahagian Jenis
Terdapat 2 kata kerja ini adalah seperti berikut:
- Aktif
- Pasif
i) Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja ini merupakan kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif.
Kata kerja ini juga menggunakan imbuhan men, men …i, men …kan, memper, memper…i, dan memper…kan.
Contoh ayat bagi kata kerja ini adalah seperti berikut:
- Pasukan Sabah sedang mendahului pasukan Kedah dengan jaringan 2 gol.
- Majlis Perbandaran Kuantan telah memperbaharui lesen kedai runcitnya.
ii) Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja ini ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif.
Kata kerja ini akan menggunakan imbuhan di-:
Penyambut | Kata Kerja Transitif | Pembuat |
Radio itu | didengari | Osman |
Ikan itu | ditangkap oleh | Ali |
Sayur itu | dijual oleh | Fatimah |
Surat itu | ditulis oleh | Mohamad |
Baca juga: