Selain Kata Kerja Transitif, murid juga perlu memahami Kata Kerja Tak Transitif di dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
Murid-murid mestilah menguasai perkara ini bagi memastikan penggunaan imbuhan adalah sesuai dengan ayat yang dibina.
Definisi Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja ini merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana ianya sudah lengkap dan boleh berdiri sendiri di dalam ayat.
Kata kerja ini juga tidak boleh diguna dalam ayat pasif seperti kata kerja transitif.
Selain itu, kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya di awal dan akhir perkataan tersebut.
Contoh ayat adalah seperti berikut:
Ali menangis apabila mendengar berita itu.
Untuk ayat di atas, jika murid menulis ayat “Ali menangis” sahaja, ianya sudah lengkap tanpa memerlukan penyambut atau ayat lain selepasnya.
Senarai Imbuhan
Senarai imbuhan yang berkaitan dengan kata kerja ini adalah:
- Men___
- Ber___
- Ter___
- Ber___an
Pembahagian Jenis
Kata kerja ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- Tanpa pelengkap
- Berpelengkap
i) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat itu.
Jika tiada pelengkap, maka ayat yang akan disampaikan tidak mempunyai sebarang maksud.
Contohnya seperti ayat di bawah:
Penyakit yang dihidapi Osman beransur sembuh.
Di dalam ayat di atas, kata kerja “beransur” mestilah diikuti dengan perkataan “sembuh” agar ayat tersebut lengkap dan difahami maksudnya.
ii) Kata kerja transitif tanpa pelengkap
Kata kerja ini boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan walaupun tiada kata atau frasa selepas ayat itu.
Contoh ayat adalah seperti di bawah:
Siti sedang termenung.
Kata kerja “termenung” tidak memerlukan pelengkap selepasnya dan ianya masih boleh difahami dan berdiri dengan sendiri.
Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-07-05-06/kssm-f2-bm-05/kata-kerja
Baca juga: