Kata Dasar: Maksud & Contoh Perkataan

Kata Dasar merupakan pembelajaran yang asas di dalam subjek Bahasa Melayu terutamanya dalam mengenal pasti sesuatu perkataan.

Bagi memahami kata ini, berikut penerangan mengenai maksud dan unsur bagi kata ini.

Maksud Kata Dasar

Kata ini boleh didefinasikan sebagai kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ini bermaksud kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan.

Contohnya adalah seperti di bawah:

Kata TerbitanImbuhanKata Dasar
membelimembeli
berjalanberjalan
dibacadibaca
mendapatmendapat
mencucimencuci

6 Unsur Kata Dasar

Kata ini juga boleh terjadi dengan 6 unsur iaitu:

i) Kata Akar

Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan.

Dalam istilah linguistik, kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus dan sebagainya.

Contoh perkataan kata akar ialah tani dan kata dasarnya ialah petani.

ii) Kata Tunggal

Kata Tunggal ditakrifkan sebagai kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan.

Selain itu, kata ini tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.

Contohnya kata dasar kelaparan ialah daripada kata tunggal lapar.

iii) Kata Terbitan

Kata Terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata bagi dasar yang mendapat atau menerima imbuhan.

Contoh kata terbitan ialah perkenal dan kata dasarnya ialah memperkenalkan.

iv) Kata Ganda

Kata ganda merupakan proses pengulangan perkataan atau kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Contoh kata ganda ialah cantik-cantik dan kata dasar bagi perkataan tersebut ialah secantik-cantiknya.

v) Kata Majmuk

Kata Majmuk ialah dua kata atau lebih patah perkataan yang berpadu untuk membentuk satu perkataan baru yang membawa makna tertentu.

Lazimnya kata majmuk terdiri daripada dua perkataan tetapi apabila kedua-dua kata itu bergabung memberikan satu makna yang berpadu.

Contoh kata majmuk ialah antarabangsa dan kata dasarnya ialah mengantarabangsakan.

vi) Frasa

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.

Contoh frasa ialah tidak adil.

Frasa tidak adil ialah kata dasar bagi ketidakadilan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kata ini boleh dirujuk melalui video https://www.youtube.com/watch?v=8_Abp7fWGSo

Baca lanjut: Kata Bilangan: Takrifan & Contoh Ayat

Bantu kami share artikel ini: