Bagi murid yang belajar mengenai Kata Bantu, berikut adalah mengenai kata ini.
Jenis dan contoh ayat ini kemudiannya diterangkan di bawah.
Maksud Kata Bantu
Apakah dimaksudkan dengan Kata Bantu?
Maksud bagi kata ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Kata ini berfungsi bagi makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.
Dalam konteks tatabahasa Bahasa Melayu, ini bagi membina ayat yang tepat dan difahami.
Antara kegunaan bagi kata ini adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kejelasan ayat
- Menjelaskan aspek waktu atau ragam
- Penggunaan yang tepat
Jenis Kata Bantu
Terdapat dua jenis kata ini iaitu:
1. Gandingan Kata Bantu Aspek
2. Gandingan Kata Bantu Ragam.
Gandingan Kata Bantu Aspek
Kata ini menunjukkan suasana perbezaan masa atau dalam erti kata yang lain memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum berlaku.
Antara contoh kata ini adalah ‘telah’, ‘baru’, ‘pernah’, ‘sedang’, ‘masih’, ‘akan’, dan ‘belum’.
a) Masa kini: sedang dilakukan.
Contoh perkataan: masih, sedang, mula.
Contoh ayat:
- Mereka sedang mendengar muzik
- Dia mash berdiri di situ.
- Ali mula sakit seiak semalam.
b) Masa lampau : sudah dilakukan.
Contoh perkataan: pernah, telah, sudah, baru
Contoh ayat:
- Malaysia pernah dijajah Inggeris.
- Sungai itu telah kering airnya.
- Rakyat Malaysia sudah ke bulan.
- Ahmad baru pulang dari Melaka.
c) Masa hadapan: akan dilakukan
Contoh ayat: akan, belum.
Contoh ayat:
- Bas itu belum tiba di stesen.
- Singa akan pupus lima tahun lagi.
Gandingan Kata Bantu Ragam
Kata ini menjelaskan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan.
Antara contoh kata jenis ini adalah ‘hendak’, ‘mahu’, ‘harus’, ‘mesti’, ‘boleh’, dan ‘dapat’.
a) Hendak/kemahuan melakukan sesuatu:
Contoh perkataan: hendak, mahu, enggan
Contoh ayat adalah seperti berikut:
- Ibu hendak ke pasar.
- Lee enggan ke sekolah.
- Limah tidak mahu ke tadika.
b) Mesti melakukan sesuatu:
Contoh perkataan: harus, mesti, patut
Contoh ayat adalah seperti berikut:
- Ayah harus pergi keria.
- Siti mesti ke sekolah.
- Abu patut didenda kerana datang lewat ke sekolah.
Untuk maklumat lanjut, sila tontoh menerusi video di bawah https://www.youtube.com/watch?v=qlPoTcc4qtw&t=3s.