Kata Arah: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

kata arah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu pembelajaran penting yang perlu dikuasai murid seawal sekolah rendah adalah kata arah.

Ini kerana, penggunaan perkataan ini digunakan oleh kita semua bagi menunjukkan sesuatu arah.

Mengenai Kata Arah

Kata Arah merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hala atau sesuatu kedudukan.

Ia biasanya diletakkan selepas kata sendi atau sebelum frasa nama.

Contohnya: Saya bermain bola di (kata sendi) tengah (kata nama arah) padang (frasa nama).

Jenis Kata Arah

Terdapat 18 jenis kata ini yang selalu digunakan iaitu:

  • Atas
  • Antara
  • Bawah
  • Belakang
  • Dalam
  • Depan
  • Hadapan
  • Hujung
  • Kanan
  • Kiri
  • Luar
  • Penjuru
  • Samping
  • Tepi
  • Timur
  • Barat
  • Utara
  • Selatan
  • Sisi

Contoh Ayat

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, berikut adalah contoh-contoh ayat yang boleh dijadikan panduan:

Kata ArahContoh Ayat
Atas – Burung itu hinggap di atas tiang.
– Adik sedang duduk di atas kerusi.
Antara– Saya berdiri di antara Kamal dan Hisyam.
– Rumah Siti berada di antara rumah Pak Ali dan Kamil.
BawahMajalah itu di atas meja makan
Belakang – Mohsin berdiri di belakang Ali.
– Cangkul ayah berada di belakang rumah.
Dalam – Saya masuk ke dalam rumah.
– Emak sedang berada di dalam kedai.
Depan Cikgu Abu mengajar di depan kelas.
Hadapan Rumah saya berada di hadapan rumah Cikgu Murni.
Hujung Rumah datuk saya terletek di hujung sana.
Kanan Tangan kanannya patah akibat terjatuh daripada basikal.
Kiri – Adik menulis dengan tangan kiri.
– Ikut arah papan tanda itu dan belok ke kiri.
Luar Rajaie di denda berdiri di luar rumah kerana nakal
Penjuru Emak menyusun pasu bunga di penjuru pagar rumah.
Samping Saya berdiri di samping nenek.
Tepi – Saya memberhentikan kereta di tepi jalan
– Gerai buah-buahan terkenal itu berada di tepi jalan.
Timur Matahari terbit dari timur.
Barat Kedai Makan Ahmad berada di bahagian barat kampung ini.
Utara Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Selatan Kita akan ke arah selatan untuk ke air terjun itu.
SisiIbu berada di sisi saya sehingga hari ini.

Contoh Latihan

Contoh latihan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Nota Ringkas

Nota ringkas berkaitan pembelajaran ini adalah seperti di bawah:

Baca juga: Kata Tanya: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut