Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 2025 (KHUP3) – Tarikh / Jadual Acara

Karnival Haji
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Karnival haji, umrah, dan  pelancongan ketiga (KHUP 3) bakal dijalankan daripada 3 Januari hingga 5 Januari 2025. Karnival kali ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) dan Lembaga Tabung Haji (TH). 

Karnival yang dijalankan selama tiga hari ini, menawarkan pilihan pakej haji, umrah dan pakej pelancongan dengan harga yang lebih murah dari biasa. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk dikunjungi bakal jemaah haji dan orang yang ingin melancong atau melakukan ibadah umrah. 

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang karnival ini, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini. 

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP3)

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 1446H / 2025 kali ketiga anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA) akan berlangsung selama tiga hari pada bulan Januari ini. 

Menurut Ketua Jabatan Haji TH, Tuan Haji Mohd Hisham Harun, tujuan utama karnival ini dilangsungkan pada awal tahun 2025 untuk memberi pilihan kepada bakal-bakal haji terpilih menunaikan haji sama ada bersama muassasah atau menerusi pakej yang ditawarkan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Menerusi karnival ini, Pengelola Jemaah Haji, masing-masing akan membuka harga dan menawarkan perkhidmatan mereka kepada bakal jemaah haji. Melalui cara ini, pengunjung yang datang dapat menilai kesemua pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat PJH dengan mengikut kemampuan dan cita rasa masing-masing selari dengan tema Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji

Lokasi dan Tarikh KHUP3

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP3) ini, akan diadakan selama tiga hari berturut-turut, bermula daripada 3 Januari 2025 (Jumaat) sehingga 5 Januari 2025 (Ahad)

Karnival KHUP3 kali ini akan dijalankan di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang. Pemilihan kawasan yang luas dan selesa ini, dilakukan kerana pihak Tabung Haji menjangkakan seramai 16,000 pengunjung akan tiba pada hari karnival nanti. 

Aturcara dan Aktiviti 

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan yang ketiga ini, berikut merupakan aturcara dan senarai aktiviti yang bakal dijalankan selama tiga hari tersebut:

karnival haji

Sumber: Tabung Haji

Syarikat Agensi Pelancongan Terlibat

Berikut merupakan 37 syarikat PJH yang akan terlibat dalam Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga yang dijalankan pada 3 Januari hingga 5 Januari 2025: 

  • Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
  • Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
  • Alif Travel† & Tours Sdn Bhd
  • Amani Travel Sdn. Bhd.
  • Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
  • Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
  • Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
  • Batuta Travel & Tours Sdn Bhd
  • Busyra Holidays Sdn Bhd
  • Citra† Travel & Tours Sdn Bhd
  • CS Holidays Sdn Bhd
  • Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
  • Felda Travel Sdn Bhd
  • Gemilang Travel And Tours Sdn. Bhd.
  • Glocal Travel & Tours Sdn Bhd
  • Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
  • In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
  • Jad Travel & Tours (M) Sdn Bhd
  • Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
  • Juara Travel & Tours Sdn Bhd
  • Kawan International Travel Sdn Bhd
  • Kembara Umrah Sdn Bhd
  • Krs Travel Sdn Bhd
  • Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
  • Mimm Travel & Tours Sdn Bhd
  • MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
  • Rayhar Travels Sdn. Bhd.
  • Samrah Travel Sdn Bhd
  • Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
  • TH Travel & Services Sdn Bhd
  • Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd
  • Titim Travel Sdn. Bhd.
  • TM Tours & Travel Sdn Bhd
  • Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
  • UTAS Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd
  • Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
  • Zahafiz Travels & Tours Sdn Bhd
karnival haji

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut