Karangan Berita: Format & Contoh Karangan

karangan berita
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Karangan berita merupakan karangan yang lazim ditanya di dalam peperiksaan dan ianya merupakan salah satu jenis karangan berformat.

Walau bagaimanapun, murid mestilah mengetahui format dan teknik penulisan karangan ini bagi memastikan ianya dapat ditulis dengan baik.

Mengenai Karangan Berita

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, berita ialah maklumat mengenai sesuatu kejadian yang disampaikan.

Menurut Shahrul Nazmi & Ong, berita ialah satu bentuk pelaporan yang memberikan informasi mengenai sesuatu peristiwa benar dan semasa kepada masyarakat. 

Maka, karangan berita dapat difahami sebagai penulisan yang memberikan pengetahuan, hiburan dan maklumat tentang sesuatu kejadian atau peristiwa penting.

Format Karangan Berita

Karangan ini mestilah mengikut format yang ditetapkan iaitu:

  • Tempat
  • Tarikh berita dikeluarkan
  • Isi berita mestilah menceritakan kejadian yang berlaku

Panduan Penulisan Karangan Berita

Untuk memulakan penulisan, pastikan 5 persoalan perlu dijawab iaitu apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.

  • Apa: Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita.
  • Siapa: Nama yang terlibat di dalam peristiwa tersebut.
  • Bila: Menerangkan tarikh dan masa peristiwa itu berlaku.
  • Di mana: Menerangkan tempat kejadian ianya berlaku.
  • Mengapa: Menerangkan sebab-sebab peristiwa berlaku.

Penulis juga perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

  • Pastikan agar pengenalan berita dapat menarik perhatian pembaca.
  • Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
  • Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
  • Nyatakan bahagian penutup secara ringkas.

Contoh Karangan Berita

Antara contoh karangan berita yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

1- Karangan 1

Kuala Lumpur, 8 APRIL – Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Kuching kira-kira pada pukul 3.30 petang. Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Wira yang dipandu dengan laju telah melanggar pembahagi jalan. Seorang penunggang motosikal yang turut menunggang dengan laju telah melanggar kereta tersebut dari arah belakang.

Pemandu kereta tersebut dikenali sebagai Zamri Ibrahim, 40 tahun manakala penunggang motosikal tersebut dikenali sebagai Johan Hashim, 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar surat. Pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki manakala penunggang motosikal pula mengalami cedera parch di bahagian kepala.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk. Kenderaan-kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana pihak ambulans cuba mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit di tempat duduknya. Polls trafik berada di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas. Saksi kemalangan tersebut diminta menghubungi pihak polis di talian 089- 898989890. Saksi juga boleh menghubungi mana-mana balai polls yang berhampiran.

2- Karangan 2

Kuala Terengganu, 18 MEI- Dua deret rumah kedai lima pintu, sebuah rumah dua tingkat, dan tiga buah kereta musnah akibat dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Pinang pada pukul 12:00 tengah malam semalam. Dalam kejadian tersebut, 32 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak dengan cepat.

Lima buah kereta bomba dan dua buah ambulans bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 12:30 malam itu. Kebakaran itu berlaku begitu pantas sehingga kesemua pemilik rumah kedai tidak sempat menyelamatkan kereta masing-masing. Saksi mendakwa mereka mereka terdengar bunyi letupan yang sangat kuat di dalam lima buah kedai itu yang dipercayai akibat letupan gas.

Pihak bomba yang tiba pada jam pukul 12:45 malam hanya berjaya mengawal kebakaran 30 minit kemudian. Tiada yang kehilangan nyawa dilaporkan dan hanya beberapa orang mangsa cedera ringan akibat melecur. Mereka kini dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Jumlah kerugian dianggarkan mencecah sejuta ringgit sementara punca kebakaran masih disiasat. Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai karangan berita, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=1v_IcfNVmfg.

Baca juga: Karangan Berformat: Jenis & Contoh Karangan Berformat

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut