Kalendar Akademik USIM 2024 / 2025: Tarikh Kuliah, Exam & Cuti

Bagi pelajar Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), sila rujuk artikel di bawah untuk melihat Kalendar Akademik & Takwim USIM bagi tahun 2024.

Kalendar akademik adalah rujukan rasmi yang perlu anda rujuk bagi memudahkan anda mengetahui tarikh kuliah pengajian, cuti semester dan sebagainya untuk memudahkan anda merancang kehidupan anda di universiti.

Kalendar Akademik USIM ini juga memudahkan para pelajar merancang percutian, membeli tiket perjalanan pergi dan balik dan sebagainya.

Kalendar Akademik Sesi 2024 / 2025

Berikut merupakan lampiran Kalendar Akademik USIM bagi sesi akademik 2024 / 2025 bagi pelbagai fakulti dan bidang pengajian:

Semua Fakulti

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Pergigian

Siswazah

Fakulti Pengajian

Bagi sesi 2024/ 2025, mengikut laman web rasmi USIM, terdapat 56 program yang ditawarkan melalui 9 Fakulti berikut:

  1. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
  2. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
  3. Fakulti Pengajian Bahasa Utama
  4. Fakulti Syariah dan Undang-undang
  5. Fakulti Ekonomi dan Muamalat
  6. Fakulti Sains dan Teknologi
  7. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  8. Fakulti Pergigian
  9. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Latar belakang Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

permohonan usim

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.’

Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.

Pendekatan yang ditampilkan oleh USIM, merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).

Sejarah penubuhan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 1997 dan diwartakan pada 13 Mac 1998.

Ia merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21 dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-12 di negara ini.

Di antara tujuan penubuhan KUIM ialah untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya.

KUIM juga menumpukan penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Melayu.

Mulai 1 Februari 2007, lakaran sejarah telah tercipta apabila nama Kolej Universiti Islam Malaysia telah ditukar kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!