Tak dapat dinafikan kain pario memang cantik apabila di pakai oleh mana-mana wanita kerana mempunyai corak renda yang beralun di bahagian tengah.
Oleh itulah, kain ini dijadikan salah satu pilihan dalam fesyen kain pada masa kini.
Mengenai Pario
Pario merupakan kain persegi panjang berwarna-warni, bermotif bunga-bunga besar yang dililitkan dan ditalikan ke samping atau di pinggang bagian depan.
Kain ini merupakan sehelai kain berukuran dua meter panjang yang tidak bercantum dan dipakai wanita.
Selain itu, kaini ini popular sejak tahun 1960-an di Polinesia Prancis dan kepulauan lain di Pasifik yang berkaitan dengan Perancis.
Masyarakat kepulauan tersebut melilit ke pinggang yang mana corak dan motif yang digunakan adalah lebih besar saiznya.
Pario diperbuat daripada kain sutera yang dipadankan dengan baju moden.
Batik Pario
Pario juga banyak mempunyai corak batik seperti berikut:
Pola Kain Pario
Contoh pola kain bagi tujuan menjahit kain ini dan ukuran penyusunan kain boleh dilihat seperti contoh di bawah:
Cara Ikat Kain Pario
Untuk mengikat kain ini, sila ikuti tutorial berikut:
- Bawa Pario ke belakang.
- Lipat ke bahagian depan.
- Tarik tali di bahagian belakang.
- Masukkan buckle dari bawah ke atas.
- Tarik buckle hingga paras yang diinginkan.
- Kedua tali tersebut diikat.
- Tarik dan ikat dikeliling pinggang.
- Ikat pada hujung tali.
- Kemaskan tali lebihan.
Info Lanjut
Untuk mengetahui mengenai cara menjahit kain ini dan penerangan seterusnya, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=MQqAceeN1NU
Baca juga: 8 Jenis Kain Cotton Yang Popular di Pasaran