Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2025

JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI PULAU PINANG TAHUN INI (1446H/2025M)

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat Zakat Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2025 Di Pulau Pinang

Bagi tahun ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengumumkan bahawa kadar zakat fitrah di Pulau Pinang bagi tahun 2025 ini terbahagi kepada empat kategori, iaitu RM7, RM10, RM15, dan RM25.

Berdasarkan oleh laporan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi tahun ini, makanan asasi utama rakyat Pulau Pinang ialah beras putih import. Justeru, kadar zakat fitrah yang wajib ditunaikan di negeri Pulau Pinang adalah RM10.

EMPAT (4) kadar zakat fitrah yang ditetapkan ini memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mereka dengan kadar yang lebih tinggi mengikut kemampuan.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1446H/2025 bagi negeri Pulau Pinang mengikut kadar beras yang dimakan.

RM7.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Super Special Tempatan (5%)
– atau lain-lain jenis yang setara dengannya.

RM10.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras putih import
– atau lain-lain jenis yang setara dengannya.

RM15.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras rebus
– Thai white rice
– Beras perang
– atau lain-lain jenis yang setara dengannya.

RM25.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras wangi
– Beras pulut
– Beras herba ponni
– Beras calrose
– Beras merah import
– Beras basmathi
– atau lain-lain jenis yang setara dengannya (Beras berkualiti tinggi)

Kredit: FB Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Kredit: FB Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Cara Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang 2025

Anda boleh membuat bayaran zakat secara ONLINE melalui – ZAKATPENANG2U.COM

MAINPP juga menggalakkan agar umat Islam di Pulau Pinang dapat menunaikan zakat fitrah mereka melalui kaedah dalam talian yang disediakan seperti melalui Portal zakatpenang2u, JomPay, Maybank2u, MyEG, aplikasi Tulus, aplikasi IKHLAS, ShopeePay dan Touch ‘n Go.

Segala urusan penerimaan zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat emas & perak dan zakat-zakat yang lain beroperasi seperti biasa di semua kaunter perkhidmatan Zakat MAINPP seluruh negeri Pulau Pinang mengikut waktu operasi yang akan diwar-warkan di saluran-saluran media sosial.

Selamat menunaikan ibadah puasa 1446H/2025M!