JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (KL), PUTRAJAYA & LABUAN TAHUN INI (1446H/2025M)
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah 2025 Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Labuan & Putrajaya
Tahun ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini di Wilayah Persekutuan sebanyak RM7, RM15 dan RM22 mengikut jenis beras yang dimakan.
Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1446H/2025 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya mengikut kadar beras yang dimakan.
RM7.00 per seorang
- Kadar wajib berdasarkan beras Tempatan (5% kandungan beras hancur)
RM15.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Putih Import
– Beras Pulut
– Beras Perang
– Beras Herba Ponni
– Beras Wangi
– atau setara
RM22.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Basmati
– Beras Merah
– Beras Jepun
– atau setara (Beras berkualiti tinggi)
Cara Bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2025
Bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan secara atas talian melalui Portal Zakat Fitrah – https://fitrah.zakat.com.my/ atau di saluran-saluran bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP serta amil-amil yang dilantik.
PORTAL ZAKAT FITRAH – https://fitrah.zakat.com.my/
Selamat menunaikan ibadah puasa 1446H/2025M!