Kad Visa Touch ‘n Go
Baru-baru ini Touch n Go (T’nG) memperkenalkan produk terbaru iaitu Kad Visa Prabayar.
Apakah keistimewaan yang ada pada Kad Visa ini berbanding kad Touch n Go sedia ada? Bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai kad visa ini dengan lebih lanjut.
Baca Juga : RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan
Apa Itu Kad Visa Touch ‘n Go?
Kad Visa Touch ‘n Go adalah kad prabayar yang dipautkan (link) kepada baki Touch ‘n Go eWallet.
Produk ini juga merupakan Kad Visa prabayar dan tanpa nombor (numberless card) pertama di Malaysia.
Antara kelebihan kad visa prabayar ini adalah seperti berikut :
- Boleh digunakan di serata negara untuk pembelian produk dan perkhidmatan yang menerima pembayaran Visa.
- Boleh keluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang mempunyai jaringan Visa Plus.
Anda boleh rujuk pada logo-logo di bawah untuk pastikan penggunaan kad visa :
Beza Fungsi Kad Visa Dengan Kad Touch ‘n Go Biasa
Selain rekaan luarannya yang berlainan, kad ini menawarkan fungsi yang berbeza berbanding kad Touch ‘n Go.
Perbandingannya boleh dilihat seperti berikut :
Fungsi | Kad Visa T’nG | Kad T’nG Biasa |
Penggunaan | Boleh digunakan di dalam dan luar negara, secara atas talian, serta di mana-mana premis yang menerima transaksi menggunakan Kad Visa. | Hanya boleh digunakan di touchpoint Touch n Go terpilih. |
Baki Kad | Baki eWallet | Pada kad sahaja (tak termasuk baki eWallet, kecuali sudah dipautkan menerusi PayDirect untuk tol dan parking) |
Pembayaran Tol | Tidak | Ya |
Pengangkutan Awam | Tidak | Ya |
Parking | Ya | Ya |
Cara Untuk Dapatkan | Menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. | Boleh didapati di : -Aplikasi Touch n Go – eWallet Lazada e-shop – Penjual atau kiosk stesen minyak terpilih |
Cara Mohon Kad Visa T’nG Secara Online
- Pergi ke aplikasi T‘nG eWallet
- Di laman utama, klik pada Visa Card. Kemudian, tekan ‘Get Card Now’.
- Masukkan butiran yang diperlukan. Pastikan semuanya tepat dan betul.
- Seterusnya, klik ‘Pay Now’ untuk lengkapkan pembelian. Kad Visa yang anda mohon akan sampai ke rumah dalam masa 7 hingga 10 hari waktu bekerja.
Nota : Anda akan dicaj sebanyak RM 10 untuk bayaran permohonan (termasuk kos penghantaran RM 5) dan yuran tahunan sebanyak RM 8.00.
Cara Aktifkan Kad Visa T’nG
Sebaik anda terima kad visa T’nG, anda perlulah aktifkan sebelum boleh menggunakannya.
Cara untuk aktifkan kad ini adalah seperti berikut :
- Buka aplikasi Touch ‘n Go dan klik ‘Activate Physical Card’.
- Kemudian scan kod QR yang tertera di ‘Welcome Letter’ ATAU masukkan kod pengaktifan yang boleh didapati pada surat yang sama.
- Seterusnya, tetapkan 6 digit pin untuk kad.
- Pengaktifan selesai. Kini anda boleh akses kad tersebut di bahagian Dashboard.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai kad Visa prabayar dari T’nG, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian +603-5022 3888 atau rujuk pada Soalan Lazim (FAQ) mengenai kad visa di pautan berikut :
https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/sections/11902612751129-Visa-Card