Kacang Soya: Kebaikan, Keburukan, & Kesan Berlebihan

kacang soya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kacang soya merupakan makanan yang popular terutamanya di Malaysia yang boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti kicap, tauhu, tempe, taufufa, susu soya, tepung soya dan minyak soya.

Seperti yang diketahui umum, kacang ini mempunyai banyak manfaat kepada mereka yang mengambilnya untuk tubuh badan.

Namun, pengambilan yang berlebihan juga boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan.

Mengenai Kacang Soya

Kacang soya merupakan kekacang yang berasal dari Asia Timur yang terkenal dengan nilai pemakanan yang ketara dan serba boleh dalam pelbagai aplikasi masakan. 

Kacang soya juga dikenali sebagai kacang ajaib, yang kaya dengan nutrien dan mengandungi protein berkualiti tinggi.

Kandungan protein yang tinggi dalam kacang ini juga telah menjadi sumber protein terbaik bagi vegetarian.

Kandungan Kacang Soya

Antara yang terkandung dalam kacang ini adalah seperti berikut:

  • Isoflavon yang merangkumi genistein, daidzein dan glycitein.
  • Saponin yang dapat menurunkan kolesterol darah, melindungi terhadap kanser dan mempengaruhi tahap glukosa darah.
  • Asid fenolik yang terdiri daripada kumpulan fitokimia dan berpotensi mereka untuk menghentikan sel-sel kanser daripada merebak.
  • Asid phytic yang boleh berfungsi sebagai antioksidan.
  • Enzim protein yang mengawal selia inhibitor protease dan inhibitor protein kinase.
  • Sphingolipid yang memainkan peranan dalam mengawal selia pertumbuhan sel, pemusnahan sel-sel yang tidak normal dan perkembangan tumor

Kebaikan Kacang Soya

Antara kebaikan kacang ini kepada manusia adalah:

  • Membantu membaiki dan memperbaharui sel dan tisu badan.
  • Membantu bina otot.
  • Menyokong kesihatan tulang.
  • Membantu menyokong sistem imuniti badan.
  • Membantu dalam penghasilan hormon badan.
  • Salah satu sumber tenaga.
  • Sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai GI (glycemic index) yang rendah untuk kandungan karbohidrat.
  • Mengelakkan obesiti.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Keburukan Kacang Soya

Namun, terdapat juga keburukan mengambil kacang ini secara berlebihan seperti:

  • Mengubah cara sel bertindak balas dan memberi kesan berbahaya kepada sel pada jantung dan saluran darah.
  • Mengakibatkan ketidakseimbangan hormon testosteron dan estrogen yang boleh memberi kesan kepada fungsi organ lelaki menjadikan mereka lemah tenaga batin.
  • Berat badan seseorang mudah naik yang mengakibatkan obesiti.

Kesan Pengambilan Berlebihan

Pengambilan kacang soya secara berlebihan boleh memberikan kesan kepada kaum wanita seperti:

  1. Kolesterol yang Iebih rendah kerana tahap kolesterol optimum adalah penting untuk membawa kehamilan untuk jangka masa panjang.
  2. Risiko dengan isoflavon kerana kacang ini mempunyai tahap phytoestrogens yang tinggi, yang sama dengan estrogen dalam badan dan mungkin boleh mengganggu tahap hormon dalam badan.
  3. Risiko fizikal abnormal kerana eksperimen yang dijalankan kepada haiwan telah mendapati susu soya menyebabkan kecacatan kelahiran, namun masih memerlukan kajian yang mendalam.
  4. Menyebabkan alahan dalam kalangan wanita seperti ruam, muntah, loya, kesukaran bernafas, keradangan dan bengkak.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kacang soya, sila layari pautan:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut