JOPAC Fasa 2: Mohon Bantuan Johor Packet Food Delivery Services

PERMOHONAN JOPAC 2021 FASA 2 KINI DIBUKA‼️

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah meneruskan inisiatif khas untuk rakyat Johor dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) 2021 (Fasa 2) kembali menemui anda.

Jom ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara membuat permohonan bagi yang berminat.

Apakah JOPAC?

Kerajaan Johor melalui YPKDT mengambil inisiatif berbentuk bantuan keusahawanan kepada kumpulan sasar dalam membantu merangsang pertumbuhan ekonomi keluarga / rakyat melalui aktiviti perniagaan secara domestic yang dikenali sebagai Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC). 

Johor Packet Food & Delivery Services (JoPac Services) kini telah beroperasi secara rasminya pada 16 Ogos 2020.

OBJEKTIF PROJEK

  • Meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi teknologi terkini.
  • Mewujudkan komuniti perniagaan secara on-line yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut trend semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.
  • Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
jopac fasa 2

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Keutamaan diberikan kepada golongan sasar (B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia dan ketua keluarga)
  • Digalakkan kepada pemohon yang telah menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga.
  • Memiliki kenderaan sendiri (lesen B2, D).
  • Borang dan dokumen sokongan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
jopac fasa 2

Baca juga: Bajet 2022 : Senarai Bantuan Yang Akan Diumumkan Untuk Rakyat

Cara Permohonan JPAC Fasa 2

Untuk memohon sila imbas QR kod pada poster yang disediakan atau klik pada link yang disediakan

https://forms.gle/vHcfdedDHHNKYao78

PANDUAN MENGISI BORANG
1. Tulisan menggunakan HURUF BESAR.
2. Sertakan sekeping gambar berukuran passport & satu salinan kad pengenalan diri.

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN DATO’ MOHAMAD IBRAHIM MUNSYI
KOTA ISKANDAR, 79603, ISKANDAR PUTERI, JOHOR DARUL TA’ZIM

NO PEJABAT : 07-2666526 , NO FAKS : 07-2661222

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembangunan Strategik YPKDT di talian 07-2666526 (waktu pejabat Ahad- Khamis | 8.00 pagi – 5.00 petang)

ATAU

Layari http://ypkdt.org.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!