Jaya Grocer : Pemilik dan Sejarahnya di Malaysia

Jaya Grocer merupakan sebuah pasar raya yang telah ditubuhkan bagi menyediakan produk makanan dan barangan isi rumah untuk keperluan harian pelanggan mereka. Pasar raya ini telah ditubuhkan oleh Keluarga Teng dan sekarang ia merupakan anak syarikat Grab Holdings.

Pasar raya ini telah ditubuhkan pada 2008 dan sekarang mempunyai 51 cawangan di Semenanjung Malaysia. Untuk ketahui lebih lagi berkenaan pasar raya ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Asal Usul dan Sejarahnya di Malaysia

Jaya Grocer merupakan rangkaian pasar raya kelas atasan yang telah dibangunkan di Malaysia. Pada tahun 2024, sebanyak 51 cawangan telah ditubuhkan, dengan kebanyakkan ditubuhkan di Lembah Klang.

Jaya Grocer pertama di Malaysia telah ditubuhkan oleh Teng Yew Huat di bawah syarikat keluarganya, pada tahun 2007. Cawangan pertama yang ditubuhkan oleh keluarga Teng ini adalah di Jaya 33 di Petaling Jaya.

Pada masa itu, pasar raya ini merupakan satu-satunya pasar raya premium yang berpangkalan di Malaysia dengan rangkaian terluas produk segar dan barangan bermusim dari Amerika, Eropah dan Australia, yang menjadikan ia pilihan utama penduduk luar yang menetap di Malaysia.

Pasar raya ini juga merupakan pasar raya pertama yang memperkenalkan pengalaman “Grocerant” kepada rakyat Malaysia. Melalui pengalaman ini, rakyat Malaysia dapat menikmati produk segar dari kedai dan makanan juga boleh dimasak di kedai tersebut.

Founder Jaya Grocer

Untuk pengetahuan anda Jaya Grocer ini telah ditubuhkan oleh Teng Yew Huat dan keluarganya pada tahun 2008. Keluarga Teng ini juga merupakan pengasas bagi pasar raya TMC (Teng Minimarket Centre) dan Giant.

Pasar raya ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Keluarga Teng dari 2008 sehingga 2021. Pada tahun 2022, Grab Holdings yang merupakan antara syarikat terkemuka di Asia Tenggara telah mengumumkan bahawa mereka merupaka pemegang saham terbesar bagi pasar raya ini.

Perkara ini menjadikan pasar raya ini sebagai salah satu anak syarikat Grab Holdings. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Grab dan pengasas bersama Anthony Tan, pengambilalihan ini akan membolehkan syarikat menghantar barangan runcit kepada pelanggan dengan lebih pantas.

Pengambilalihan Grab ini dikatakan sebagai “langkah strategik” dengan membenarkan Grab mengukuhkan rantaian bekalannya dan mengembangkan perniagaannya untuk merangkumi operasi luar talian.

Cawangan di Malaysia

Pada Ogos 2024 yang lepas, secara rasminya, Jaya Grocer telah mempunyai 51 cawangan di Malaysia. Berikut merupakan senarai cawangan pasar raya ini di Malaysia:

  1. The Garden
  2. Pearl Point
  3. Jaya 33
  4. Lalaport BBCC
  5. The Tropika
  6. Glo Damansara
  7. Plaza Jelutong
  8. Saujana Utama
  9. The Intermark
  10. DC Mall
  11. The Starling
  12. Sunway Geo Avenue
  13. Mutiara Tropicana
  14. SS15 Courtyard
  15. The Glades Plaze
  16. Verve Mont Kiara
  17. 1 Utama
  18. Mid Valley
  19. Gurney Paragon
  20. Austin Height
  21. Kuantan
  22. Quayside Mall
  23. Eco Grandeur
  24.  KL East
  25. Centrepoint
  26. Centro Mall
  27. Jaya Shopping Centre
  28. Emposis Kota Damansara
  29. Eco Arcadence
  30. NU Empire
  31. Eco Majestic
  32. Iskandar
  33. Mesa Mall
  34. Perdana Shopping Centre
  35. R&F
  36. Nilai
  37. Da Men
  38. Evolve Ara Damansara
  39. Sunway Citrine
  40. Eco Galleria
  41. Main Place Mall
  42. Kota Laksamana
  43. Ipoh Parade
  44. Sunway Carnival Mall
  45. Bangi Gateway
  46. BMC Mall
  47. Sanctuary Mall
  48. KLIA 2
  49. Prima Mall
  50. D’Pulze Cyberjaya
  51. Sunway Pyramid
jaya-grocer

Baca juga: 10 Tempat Menarik Di Bangkok yang Wajib Dikunjungi

Bantu kami share artikel ini: