PELUANG PEKERJAAN BERSAMA MARA – Permohonan Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan MARA Kini Dibuka!
Makluman anda yang berminat untuk berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), jawatan kosong kini sedang dibuka dari 16 hingga 31 Ogos 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang jawatan kosong yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MARA 2023
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berfikiran kreatif, berinovatif, bersikap komited dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA.
Unit Pengambilan dan Penempatan telah membuka iklan kekosongan jawatan berikut
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41)
- Pembantu Makmal (C19)
- Juruteknik Komputer (FT19)
- Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
- Pembantu Tadbir (Kewangan) (W19)
- Pembantu Operasi (N11)
- Pemandu Kenderaan (H11)
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak :
- i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
- ii. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
- iii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
- iv. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
- v. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
- vi. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
- vii. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).
- Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut : –
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm ; atau – https://www2.mqa.gov.my/mqr/ - Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat;
- Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
- Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;
- Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum;
- Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);
- Pemohon perlu mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain; dan
- Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.
Sila rujuk syarat-syarat bagi jawatan lain melalui lampiran di bawah:
>>> Iklan
>>> Permohonan Dalam Talian
Cara Permohonan Jawatan Kosong MARA 2023
Permohonan Dalam Talian boleh dibuat melalui pautan berikut https://www.mara.gov.my/peluang-kerjaya-bersama-mara-3/
Sila rujuk iklan penuh >> https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 16 Ogos 2023.
Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan melalui pautan di bawah:
>>> Iklan
>>> Permohonan Dalam Talian
ATAU
Layari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat di pautan ini http://www.mara.gov.my dan Facebook MAJLIS AMANAH RAKYAT
Ayuh!!! Mohon segera dan selamat berjaya.
Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan