Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2023

Berikut merupakan iklan kerja kosong guru ganti bagi tahun 2023 yang ditawarkan oleh beberapa buah sekolah KPM di Malaysia di bawah seliaan MySTEP.

Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.

Sebagai peringatan, kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut dan info kekosongan jawatan tersebut seperti yang diiklankan di bawah.

Apakah Guru Ganti?

Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

TUGAS GURU GANTI

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Menurut sumber, mereka yang mahu memohon menjadi guru ganti boleh pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat permohonan secara walk-in.

Perkara ini dikongsikan oleh @zaimnajwa melalui X (Twitter).

Selain itu, anda juga boleh mengisi kekosongan yang diiklankan.

Guru ganti ini juga biasanya akan gantikan cikgu cikgu yang bercuti bersalin, sakit, tunaikan haji, bercuti.

Kekosongan bergantung pada tempat/ sekolah yang ada.

Apakah MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP:

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

Rujuk : NOTA LENGKAP PERSIAPAN TEMUDUGA SPP (2023/24)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Iklan Permohonan Guru Ganti MyStep 2023

Gaji / bayaran yang diperuntukkan untuk perkhidmatan guru ganti adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP iaitu:

  • SPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Diploma / STPM / STAM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Ijazah : RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)

Sila rujuk kekosongan bagi setiap negeri di bawah:

guru ganti mystep 2023
Sumber: PPD Hulu Selangor

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan update terkini kekosongan di MyStep bagi negeri-negeri dan daerah berdekatan anda, anda boleh mendaftar di laman sesawang rasmi MyStep di pautan berikut : https://mystep.mof.gov.my/form

Sila rujuk : MySTEP 2023: Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini

Dapatkan pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.

Bantu kami share artikel ini: