Jadual Feri Pulau Pinang Terkini (Ogos 2023) & Tambang Percuma

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dapatkan kemaskini jadual feri Pulau Pinang terkini untuk kemudahan anda ke Pulau Pinang.

Jadual feri Pulau Pinang yang baru ini mungkin berbeza daripada jadual sebelumnya susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang.

Perkhidmatan feri penting buat rakyat di negeri ini dengan 95 peratus daripada penumpang menggunakan medium pengangkutan itu untuk ke tempat kerja.

Dianggarkan 100,000 penumpang menggunakan feri bagi perjalanan sehala dalam tempoh sebulan dan perkhidmatan feri baharu ini menyasar sebanyak 1.2 juta penumpang setahun bagi perjalanan sehala

Tambang Feri

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk V Sasedharan berkata, pihaknya sedang mengkaji kadar tambang feri baharu itu dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

4 Buah Feri Baru

Feri Pulau Pinang kini berwajah baharu dengan adanya empat feri dikenali nama Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar yang berulang-alik dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).

Dari segi kapasiti, feri itu mampu memuatkan 150 penumpang pejalan kaki serta 50 penumpang bermotosikal dan berbasikal pada satu-satu masa.

3 feri akan beroperasi setiap hari, manakala sebuah lagi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Kesemua feri baharu ini dibangunkan dengan konsep baharu serta dilengkapi ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup.

PPSB membelanjakan RM100 juta untuk empat feri baharu itu termasuk kos bagi menaik taraf dua terminal berkenaan.

Feri terbabit boleh memuatkan 250 penumpang dan 50 kenderaan dua roda dalam satu masa yang waktu perjalanan memakan masa 10 minit berbanding 20 minit sebelum ini.

Promosi Tiket Feri Percuma

Apabila ia mula beroperasi pada 7 Ogos nanti, semua penumpang termasuk bukan warga negara boleh menikmati perkhidmatan feri ini secara percuma selama sebulan.

Pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai latihan.

Latihan itu turut membabitkan pengemudi feri dan pada masa sama, Jabatan Laut akan melakukan pentauliahan terhadap keempat-empat feri.

Artikel berkaitan: Tawaran Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023

Jadual Feri Pulau Pinang Terkini 2023

Feri ini akan beroperasi setiap hari bermula jam 6.30 pagi di PSAH dan berakhir pada jam 9.30 malam manakala di PRTU, feri akan bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 10 malam.

Beliau berkata, sebanyak 68 trip dua hala disediakan setiap hari dengan kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak dan 30 minit bagi waktu bukan puncak termasuk pada hari cuti umum dan hujung minggu.

Jadual Feri Pulau Pinang

Untuk kemaskini terbaru, layari laman web Penang Port di pautan https://www.penangport.com.my/services/ferry-services/schedule

Pertanyaan dan soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Jadual Feri Pulau Pinang ini sila hubungi Talian Hotline di 04-3102 363

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut