Jadual Acara Terjun Olimpik 2024 [LIVE] – Akuatik Terjun

Jadual Acara Terjun Olimpik 2024 [LIVE] – Akuatik Terjun

Buat penggemar sukan akuatik terjun, kini kami sajikan kepada anda perkembangan terkini acara terjun olimpik Malaysia dalam Kejohanan Sukan Olimpik 2024 kepada anda semua.

Baca juga:

Acara Terjun Olimpik 2024

Terjun di Sukan Olimpik 2024 menampilkan lapan acara. Empat darinya adalah acara individu dan empat lagi adalah acara seirama.

  • Papan anjal 3m lelaki/wanita
  • Platform 10m lelaki/wanita
  • Papan anjal 3m seirama lelaki/wanita
  • Platform 10m seirama lelaki/wanita

Format Acara Akuatik Terjun

Acara terjun individu di Sukan Olimpik terdiri daripada tiga pusingan: awal, separuh akhir dan akhir.

Pada pusingan awal, jumlah peserta akan dikurangkan kepada 18, yang kemudiannya dikurangkan kepada 12 selepas pusingan separuh akhir.

Markah ditetapkan semula selepas setiap pusingan, dan pusingan akhir sahaja menentukan pemenang pingat.

Nota: Penyelam wanita dikehendaki melakukan lima terjunan dalam setiap pusingan, tanpa mengira acara. Penyelam lelaki dikehendaki melakukan enam terjunan setiap pusingan.

Pengiraan Markah

Bagi acara terjun individu, tujuh orang panel hakim akan ditugaskan untuk membuat penilaian. Setelah ke semua tujuh hakim menyerahkan markah mereka untuk terjunan, dua markah tertinggi dan dua markah terendah akan disingkirkan.

Tiga markah yang selebihnya ditambah bersama untuk mencapai skor pelaksanaan, yang di darab dengan tahap kesukaran terjun untuk menentukan jumlah markah terjunan.

Empat aspek yang akan dinilai bagi acara terjunan individu adalah:

  • Starting position/approach
  • Take-off 
  • Flight
  • Entry into the water

Skala penghakiman adalah seperti berikut:

  • Cemerlang : 10 
  • Sangat Baik : 8.5-9.5 
  • Baik : 7.0-8.0 
  • Memuaskan : 5.0-6.5 
  • Kekurangan : 2.5-4.5 
  • Tidak memuaskan : 0.5-2.0 
  • Gagal sepenuhnya : 0  

Senarai Atlet & Pencapaian Terbaik

  1. Nur Dhabitah Sabri
  2. Bertrand Rhodict Lises
jadual acara terjun olimpik
jadual acara terjun olimpik

Jadual Acara Terjun Olimpik 2024

Berikut adalah Jadual Acara Basikal Olimpik 2024 untuk acara terjun platform dan terjun papan anjal:

TERJUN – 3m PAPAN ANJAL INDIVIDU WANITA (NUR DHABITAH SABRI)

AcaraTarikh – HariWaktu Malaysia
Pusingan Kelayakan7 Ogos – Rabu9.00 malam
Pusingan Separuh Akhir8 Ogos – Khamis4.00 petang
Pusingan Final9 Ogos – Jumaat9.00 malam

TERJUN- 10m PLATFORM LELAKI (BERTRAND RHODICT LISES)

  • Tarikh: 9 Ogos 2024
  • Masa: 4.00 petang (waktu Malaysia)

Keputusan & Skor [9 Julai 2024]

TERJUN – 3m PAPAN ANJAL INDIVIDU WANITA (NUR DHABITAH SABRI)

Pusingan Kelayakan

  • Nur Dhabitah Sabri berjaya ke ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul 283.65 mata untuk menduduki tempat ke-12 keseluruhan pada pusingan kelayakan.

Pusingan Separuh Akhir

  • Nur Dhabitah Sabri berjaya ke peringkat akhir selepas menamatkan 5 terjunan dengan 286.95 mata untuk menduduki tempat ke-8 dari 12 atlet yang layak.

Tonton Sukan Olimpik LIVE

Berita baik! RTM merupakan Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 27 Julai – 12 Ogos 2024.

Anda boleh menonton siaran RTM secara percuma melalui televisyen atau pautan live streaming di RTMKlik :

Semua maklumat jadual siaran langsung mahupun live streaming sukan Olimpik Paris 2024 membabitkan kontinjen atlet Malaysia yang bakal disiarkan melalui stesen penyiaran di Malaysia antaranya Sukan RTM, RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSports.

Anda juga boleh dapatkan informasi dan keputusan acara terjun Olimpik Malaysia 2024 menerusi pautan berikut:

Bantu kami share artikel ini: