Biodata Intan Najuwa, Pelakon Wanita Popular Yang Bijak

Intan Najuwa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pelakon popular Intan Najuwa digelar sebagai “isteri idaman Malaya” kerana beliau mempunyai pakej lengkap berwajah cantik, bijak, berbakat dan pandai memasak.

Kesungguhan beliau dalam menyeimbangkan kehidupan berumah tangga, pelajaran dan karier seorang pelakon telah menjadi inspirasi kepada semua wanita muda di luar sana.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri hiburan, Intan Najuwa.

Baca juga:

Latar belakang

Intan Najuwa
Kredit Instagram @intannajuwa
NamaDatin Intan Najuwa binti Abdul Wahid
Nama PanggilanIntan Najuwa
Tarikh Lahir18 Ogos 1997
Tempat LahirJohor Bahru, Johor
PekerjaanPelakon dan model
PendidikanBAC College (Singapura)
Akaun Media SosialInstagram @intannajuwa
TikTok @intannajuwaaa

Kehidupan Peribadi

Intan Najuwa telah sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023 yang lalu.

Intan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran RM222,000. Majlis pernikahan tersebut berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru.

Intan Najuwa
Kredit Instagram @intannajuwa
@intannajuwaaa

All the sleepless night paid off! Let’s move to the next sem! 🦾 wehu 🎉

♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

Kerjaya & Profesional

Intan Najuwa membuka langkah awal dalam dunia lakonan pada usia 18 tahun lagi setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures.

Namanya mula mendapat perhatian ramai apabila melakonkan watak sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos dan sebagai Hanan Khaira dalam drama popular, Kekasih Paksa Rela yang bergandingan dengan pelakon senior Remy Ishak.

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2019Cinta SesungguhnyaFarishaTV3
2019Mana Ada Hantu Malam RayaSarahTV2
2020Pemuja RahsiaHawaTV3
2020Nurul NajwaFatinTV1
2022Sempurna MencintaimuSiratulTV3

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Hantu Punya BosAbbyTV3
2017Khabar Dari CasablancaSharinaTV2
2017Kekasih Paksa RelaHanan KhairaTV3
2018Gantung The SeriesTashaAstro First
2018Kenyalang I’m In LoveSuteraTV3
2019Suamiku Mr. BlindWaniUnifi TV
2019Ajak Oh IjalAmaniTV3
2019Semua SalahkuMiraTV3
2019Tuan DanialTengku IsmahanimTV3
2019Setelah Ku DimilikiSarraTV3
2020Ironi KasihKasihTV3
2020Pink SmileRysaTV3
2021Tak Sempurna MencintaimuSiratulTV3
2021Kisah Rumah TanggaAmeeraAstro Ria
2021Budak InternIzzyTV9
2021TikamAkmaAstro Ria
2021Saat Kau Takluk Cinta IniMelissa HairaTV3
2022Bunga HatiDilailaAstro Ria
2022Jodohku BabysitterAdelia FaranisaAstro Ria
2022Wanita Milik Tuan PutraBunga ZinnirahTV3
2022JesnitaJesnitaAstro Prima
2023Pemburu RahsiaAliaTV3
2024Racun RihannaRihannaTV3

Fakta Menarik Mengenai Intan Najuwa

  • Kebijakannya dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sering tular di media sosial.
  • Bakal membuka sebuah kafe yang diberi nama Dicobrew.
  • Pengemar kopi.
  • Kini sedang menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej BAC Singapura.

Tahniah Intan Najuwa! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang lakonan dan perniagaan yang diceburi untuk menjadi inspirasi kepada semua.

Sumber:

  1. Instagram @intannajuwa
  2. Netizen Ternganga Intan Najuwa Dapat A Subjek ‘Law’. Kosmo
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut