Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, permohonan i-Sinar Kategori 1 telah dibuka mulai 21 Disember untuk ahli yang layak.
i-Sinar merupakan kemudahan pengeluaran Akaun 1 untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang i-Sinar Kategori 1 termasuklah syarat kelayakan, cara permohonan dan amaun yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1 KWSP.
Syarat Kelayakan i-Sinar
Syarat kelayakan permohonan i-Sinar Kategori 1 adalah:
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 (Mulai 21 Disember)
Bagi memudahkan ahli membuat permohonan dalam tempoh pandemik ini, KWSP menyediakan kemudahan permohonan HANYA secara dalam talian (online).
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 online adalah seperti berikut:
- Layari isinar.kwsp.gov.my
- Isikan No IC dan No Tel Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✓ sebelum tekan HANTAR
- Permohonan telah diterima dan akan diproses
Nota:
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama (Joint Account)
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
Baca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya
Tempoh Permohonan i-Sinar Kategori 1
Tempoh permohonan bagi Kategori 1 akan dibuka selama 6 bulan mulai 21 Disember.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar Kategori 1, layari laman web i-Sinar KWSP atau FAQ (Soalan Lazim.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian HOTLINE i-Sinar di 03-8922 4848
Waktu panggilan: 8.00 pagi-8.00 malam (Setiap Isnin-Jumaat)