Untuk memastikan seseorang individu itu boleh membaca Al-Quran, sudah pasti mereka perlu mengenali terlebih dahulu mengenai Huruf Hijaiyah.
Sebagai umat Islam, adalah penting untuk memahami dan mahir dalam bacaan Al Quran yang memerlukan pemahaman huruf ini dengan baik.
Apa Itu Huruf Hijaiyah?
Hijaiyah merupakan perkataan daripada bahasa Arab dari kata kerja hajja yang bermakna mengeja, menghitung huruf, dan membaca huruf demi huruf.
Dalam erti kata yang lain, huruf ini bermaksud huruf dalam bahasa Arab yang digunakan dalam penulisan Al-Quran.
Bangsa Arab sebelum kedatangan Islam, dikenali sebagai bangsa yang sangat hebat serta kemuncak yang paling tinggi dalam peradaban bahasa.
Walau bagaimanapun, sebelum al Quran diwahyukan, bangsa Arab belum mengenal huruf secara sebutan dan disebabkan itulah tiada keperluan kepada huruf ini.
Penguasaan mereka yang sangat tinggi dan luas keatas bahasa Arab adalah dari segi ayat, kalimat dan perbualan serta bersyair.
Justeru itu, pengenalan dan pembelajaran sebutan huruf Hijaiyah baru diajarkan dalam al Quran bahkan menjadi salah satu mujizat al Quran dalam mencabar dan mematahkan tuduhan orang Arab yang musyrik saat itu yang menuduh bahawa al Quran adalah buatan manusia dan bukan wahyu daripada Allah SWT.
Oleh kerana itu, mereka tidak berupaya membaca huruf-huruf Hijaiyah yang merupakan ayat ayat pembuka di beberapa surah dalam al-Quran
Bilangan Huruf Hijaiyah
Ulama bahasa berselisih tentang jumlah huruf Hijiyah. Ada yang mengatakan bahawa huruf Hijaiyah berjumlah 28 huruf, dan ada yang mengatakan bahawa jumlah huruf Hijaiyah berjumlah 29 huruf.
Tambahan pula, jumlah huruf Hijaiyah di negara-negara Asia tenggara lebih banyak dari yang ada di Arab.
Jika pada pandangan yang menetapkan huruf Hijaiyah sebanyak 28, maka di Asia tenggara menjadi 29 huruf.
Manakala jika ada pandangan yang menetapkan huruf Hijaiyah sebanyak 29, maka di Asia Tenggara sebanyak 30 huruf.
Penambahan itu berlaku pada huruf ( ل dan ا ) disebabkan bentuk yang sangat berbeza saat tulisan huruf LAM bersambung dengan huruf ALIF ( لا ).
Senarai Huruf Hijaiyah
Senarai huruf ini adalah seperti berikut:
- ا (alif)
- ب (ba’)
- ت (ta’)
- ث (tsa)
- ج (jim)
- ح (ha)
- خ (kha’)
- د (dal)
- ذ (dzal)
- ر (ra’)
- ز (zai)
- س (sin)
- ش (syin)
- ص (shad)
- ض (dhad)
- ط (tha’)
- ظ (zha’)
- ع (‘ain)
- غ (ghain)
- ف (fa’)
- ق (qaf)
- ك (kaf)
- ل (lam)
- م (mim)
- ن (nun)
- و (wau)
- هـ (haa)
- لا (lam alif)
- ء (hamzah)
- ي (ya)
Gambar Huruf Hijaiyah
Makhraj Sebutan
Untuk menyebut huruf-huruf ini mestilah mengikut makhrajnya yang tersendiri.
Untuk pengetahuan, makhraj ialah berasal dari bahasa arab yang membawa maksud tempat keluar atau tempat munculnya huruf-huruf ini dari dalam mulut kita.
Berikut adalah senarai makhraj dan huruf
Makhraj | Huruf |
Hidung | ن م |
Mulut | ا و ي |
Kerongkong | ح خ ه ع غ ء |
Lidah | د ث ص ض ط ك ن ت ل ي س ش ظ ز ر |
Bibir | ب م |
Info Lanjut
Info lanjut mengenai huruf ini, sila layari pautan:
- https://conference.uis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2019/1096-irsyad-2019.pdf
- https://cikgungaji.com/huruf-huruf-hijaiyah/
Baca juga: Nama Lain Al-Quran : Makna & Kelebihan Membacanya