Biodata Hun Haqeem, Dari Hero Drama Ke Ikon Fesyen Kini

Wajah yang tampan dan senyuman yang manis telah menambat nama Hun Haqeem sebagai Hero drama dengan pakej lengkap dalam hati golongan muda di Malaysia.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Hun Haqeem.

Baca juga:

Latar Belakang

Hun Haqeem
NamaHaqeem bin Hermy
Nama PanggilanHun Haqeem
Tarikh Lahir 7 Januari 1998
Tempat LahirKuching, Sarawak 
PendidikanKolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur,  jurusan perakaunan dan kewangan
Ketinggian168 cm
PekerjaanPelakon dan model
Akaun Media SosialInstagram @hunhaqeem
TikTok @itshunhaqeem
X @hunhaqeem

Kehidupan Peribadi

Hun Haqeem dibesarkan di Kuching, Sarawak. Beliau mempunyai darah kacukan Melayu-Cina.

Pelakon lelaki kacak ini juga merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.

Kerjaya & Profesional

Hun Haqeem mula berkecimpung dalam dunia seni sebaga pelakon dan model pada tahun 2018.

Langkahnya bermula ketika sedang menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press.

Dari situ nama Hun Haqeem dikenali dengan lakonan pertama dalam drama Cari Aku Di Syurga dan watak Jaafar/Jekfer dalam Kampung People.

Rezekinya mula berlimpah apabila bernaung pula di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions.

Filem:

TahunTajukWatak
2024 KlepetFilem pertama; Pos-produksi
2025Game Of LifePra-produksi

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2019Cari Aku Di SyurgaAriffTV3
2019Cinta Belum Tamat TempohQhalishAstro Ria
2019-2020Kampung PeopleJaafarTV3
2020Seindah Tujuh Warna PelangiArjunaTV3
2020The GadisMikaTV3
2020Kampung People 2Jaafar / JekferTV3
2020-2021Angkara CintaLuqmanAstro Prima
2021Dayang SenandungFannanTV Okey
2022SihirHudAstro Ria
2022Ulya & DiniDiniAstro Ria
2022Hantu Raya Pergi PerangKadir Osman / RayaSooka
2023Nenek Bongkok TigaZamirViu
2023Imam Instant Ustazah ScammerImam AshrafAstro Ria
2023Chinta Wrong DirectionRaja AkidAstro Ria
2023My Famous Ex-BoyfriendRakan JamieAstro Ria
2023-2024W: Two Worlds MalaysiaAlif HadiViu
2024Ke Kodiang With LoveAjibAstro Gempak
@itshunhaqeem

Ohayo !! 🇯🇵have a great weekend !

♬ original sound – HunHaqeem – HunHaqeem

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2019Tasbih UsangHyppTV
2020Pemuja RahsiaAdamTV3
2021Tentang AlifMatAstro Ria
2022ObsesLokmanAstro Citra
2024Chinta Wrong Direction RayaRaja AkidAstro Ria

Televisyen:

TahunTajukWatakSaluran TV
2020-2022Gempak TVPengacara bersamaAstro Ria
2024The Masked Singer Malaysia
(musim 4)
Peserta – (Roti John)Astro Warna
Hun Haqeem
Hun Haqeem

Pencapaian Hun Haqeem

Hun Haqeem telah memenangi Anugerah NONA Superhero Award 2023 dalam kategori Men Style Icon yang didadakan pada 2 Januari 2024 di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur.

Fakta Menarik Mengenai Hun Haqeem

  • Mengidolakan gaya Michael B Jordan yang sentiasa menjaga penampilan baik tentang kerjaya mahupun keluarga.
  • Pernah cedera Anterior Cruciate Ligament atau ACL ketika penggambaraan drama W: Two Worlds.
  • Wajahnya mendapat perhatian ramai wanita kerana dikatakan mirip artis Korea.

Tahniah Hun Haqeem! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang lakonan yang diceburi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @hunhaqeem
  2. Anugerah Nona Superhero 2023. Ideaktiv
Bantu kami share artikel ini: