Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang yang digunakan di Melaka bermula era pemerintahan Sultan Muhammad Shah.
Ianya mengandungi pelbagai undang-undang dan peraturan yang diwujudkan bagi kesejaheraan rakyat Melaka.
Tambahan pula, ia juga merupakan undang-undang yang diwujudkan selaras dengan undang-undang Islam.
Sejarah Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka adalah merupakan Hukum Islam yang pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka.
Hukum Kanun atau biasa juga disebut undang-undang Melaka pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis.
Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka.
Namun ia baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Shah dan oleh kerana itulah undang-undang ini dianggap ada setelah tahun 1489 M.
Dalam undang-undang ini, ia merupakan dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa undang-undang syariah termaktub dalam sistem perundangan Melaka dan jajahan takluknya serta dikuatkuasakan berdasarkan kepada fakta sejarah.
Terdapat beberapa aspek yang ditekankan dalam Hukum Kanun ini antaranya undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur juga dimuatkan bagi memperlihatkan hukum kanun adalah undang-undang Islam.
Di bawah pelaksanaan undang-undang ini, Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan dan kuasa Islam yang berpengaruh di rantau Asia Tenggara.
Sejarah Melaka dijadikan rujukan untuk membuktikan bahawa sistem hidup yang dianjurkan oleh Allah SWT merupakan undang-undang tempatan dan negeri yang telah diterima pakai sebelum kedatangan penjajah lagi.
Pembahagian Hukum Kanun Melaka
Hukum kanun ini mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan.
Ianya mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa raja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga.
Kandungan Hukum Kanun Melaka terdiri dariapada 6 fasal utama iaitu Fasal 1 mempunyai 44 fasal, 18 fasal daripadanya menurut hukum Islam.
Peruntukan tersebut meliputi Undang-undang Perkahwinan Islam, Undang-undang Muamalat Islam, Undang-undang Keterangan dan Undang-undang Jenayah Islam.
Peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam undang-undang perkahwinan Islam adalah Pertunangan, wali, Ijab dan Kabul, saksi, khiyar, hak menentukan perkahwinan, hukum perkahwinan orang Islam dengan bukan Islam dan perkahwinan orang yang merdeka dengan hamba.
Fasal 2 berkaitan bidang kuasa raja, Fasal 3 berkaitan bidang kuasa pembesar, Fasal 4 berkaitan pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, Fasal 5 berkaitan hukum terhadap kesalahan jenayah awam dan Fasal 6 berkaitan undang-undang kekeluargaan.
Undang-Undang Jenayah
Undang-undang jenayah di dalam hukum kanun ini terbahagi kpd 3 bahagian iaitu Hudud, Qisas dan Takzir.
i- Hudud
Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan Zina, Qazaf, mencuri, minum arak dan murtad.
Contohnya, kesalahan zina akan direjam sampai mati bagi yg telah berkahwin dan disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin.
Ini selari dengan surah An-Nur ayat-2 dan juga bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80 kali sebatan.
Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 kali sebatan.
ii- Qisas
Hukum Qisas merujuk kepada sesiapa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.
iii- Takzir
Hukum Tazir bagi kesalahan yg tidak dikenakan Hudud dan Qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan tazir.
Bidang Kuasa Sultan & Pembesar
Hukum kanun ini juga menjelasakan tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari di dalam Fasal 1.
Di dalam fasal ini juga dinyatakan Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar di negeri tersebut.
Setiap pembesar mempunyai peranan dalam pentadbiran dan perlu arif dalam hal berkaitan pelaksanaan undang-undang.
Bidang Kekeluargaan
Perkara ini dimasukkan dalam hukum kanun ini bagi mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga atau dalam perkahwinan.
Sebagai contoh, di dalam Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup dua memadai.
Hamba abdi dan wanita pula tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan
Bidang Ekonomi
Hukum kanun ini juga memperincikan peraturan yang jelas mengenai urus niaga untuk mengawal perdagangan.
Sebagai contoh Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalaankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.
Undang-Undang Keterangan & Acara
Ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti Islam, adil, pengampun, pemurah dan sebagainya.
Hukum kanun ini juga menyatakan bahawa hakim/kadi dilarang menerima hadiah.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai hukum kanun ini boleh ditonton menerusi pautan video https://www.youtube.com/watch?v=c06GV1BkvYM.
Baca juga: Zakat KWSP Akaun 3: Hukum & Cara Kiraan Kadar Zakat