HUAWEI Band 10 ialah smart fitness band generasi terkini yang diperkenalkan sebagai pengganti kepada Huawei Band 9. Ia membawa reka bentuk lebih premium, paparan lebih terang, dan fungsi kesihatan serta kecergasan yang lebih pintar — pada harga mampu milik.
Jom terokai spesifikasi lengkap dan ketahui kenapa HUAWEI Band 10 patut anda miliki sekarang!
Baca juga: Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini
Spesifikasi HUAWEI Band 10
HUAWEI Band 10 hadir dengan paparan skrin AMOLED HD sebesar 1.47 inci yang terang, jelas, dan menawarkan resolusi 194 x 368 piksel, menjadikan paparan visual lebih tajam, warna lebih terang serta bacaan yang lebih mudah walaupun di bawah cahaya matahari.
Ia direka dengan rekaan ultra ringan dan ultra nipis, seberat kira-kira 16 gram sahaja tanpa tali, menjadikannya sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari, malah ketika tidur atau bersukan.
Daripada aspek bateri, Band 10 mempunyai keupayaan bateri yang sangat baik dengan hayat sehingga 14 hari penggunaan biasa atau sehingga 9 hari dalam mod penggunaan berat, menjadikannya sangat praktikal.
Ia juga menyokong pengecasan pantas, yang mana hanya 10 minit pengecasan sudah mencukupi untuk penggunaan selama 3 hari. Ia menggunakan kaedah pengecasan magnetik yang mudah dan cepat.
Gelang pintar ini juga dilengkapi dengan teknologi pemantauan kesihatan terkini seperti sensor TruSeen 5.5 untuk pemantauan degupan jantung 24 jam sehari, TruSleep 4.0 untuk analisis tidur bertaraf profesional, serta pengesanan tahap oksigen dalam darah (SpO2).
Di samping itu, terdapat juga lebih daripada 100 mod senaman dan aktiviti kecergasan yang sesuai digunakan sama ada di gimnasium, ketika aktiviti luar, malah aktiviti air kerana ia dilengkapi kalis air dengan standard 5 ATM (tahan air sehingga kedalaman 50 meter).
Ciri tambahan yang turut menarik perhatian ialah keupayaan gelang pintar ini bertindak sebagai Pembantu Kesejahteraan Emosi (Emotional Wellbeing Assistant) yang boleh membantu pengguna memantau dan mengurus stres secara bijak.
Bagi memudahkan urusan harian, HUAWEI Band 10 turut dilengkapi dengan pembayaran e-wallet melalui kod QR, membolehkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai secara pantas dan mudah.
Ciri-ciri Menarik HUAWEI Band 10
Antara ciri menarik yang menjadikan HUAWEI Band 10 begitu popular termasuklah reka bentuknya yang moden, nipis, dan elegan, sangat sesuai digayakan dengan pakaian formal atau kasual. Selain itu, paparan AMOLED yang lebih besar dan jelas, disokong oleh lebih 700 pilihan watch faces percuma, memberi pengguna kebebasan menukar gaya gelang mengikut cita rasa sendiri setiap hari.
Keupayaan analisis tidur bertaraf profesional (Pro-level Sleep Analysis) dengan teknologi TruSleep 4.0 juga memberikan laporan tidur yang lebih tepat, membantu pengguna untuk meningkatkan kualiti rehat dan kesihatan secara menyeluruh.
Turut menarik perhatian ialah ciri Emotional Wellbeing Assistant, satu ciri unik yang biasanya hanya tersedia dalam peranti premium, kini hadir dalam gelang pintar ini bagi membantu pengguna menjaga kesihatan mental dengan lebih baik.
Varian & Pilihan Warna
HUAWEI Band 10 di Malaysia ditawarkan dalam dua varian utama berdasarkan bahan casing dan pilihan warna yang berbeza:
1. Varian dengan Casing Aluminium Alloy:
Warna yang tersedia:
- Matte Black
- White
- Green
- Blue
- Purple
2. Varian dengan Casing Polimer Tahan Lasak:
Warna yang tersedia:
- Black
- Pink
Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan tali jam fluoroelastomer yang selesa dipakai sepanjang hari. Pilihan warna yang pelbagai membolehkan pengguna memilih gaya yang sesuai dengan personaliti dan keperluan harian mereka.
Harga HUAWEI Band 10 di Malaysia
Harga jualan rasmi bagi HUAWEI Band 10 di Malaysia adalah RM199 dengan tiga pilihan variasi iaitu Black dan Gold.
Beli HUAWEI Band 10
Anda boleh dapatkan Voucher Eksklusif RM46 dengan menggunakan kod promosi khas ABAND46 semasa pembelian (tertakluk kepada terma dan syarat).
Selain itu, pengguna juga mendapat akses percuma kepada lebih 700 rekaan muka jam (watch faces) yang boleh dimuat turun melalui aplikasi HUAWEI Health – membolehkan anda menyesuaikan gaya jam mengikut mood dan penampilan harian.
Dapatkan HUAWEI Band 10 di sini sekarang : HUAWEI MALAYSIA