HONOR Pad X8a Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

beli HONOR Pad X8a
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berita baik untuk anda yang mencari tablet pada harga bajet kerana HONOR Pad X8a akan dilancarkan di Malaysia pada harga bawah RM800 sahaja.

Dengan harganya dan spesifikasi yang datang bersama-sama tablet ini, tablet ini sesuai dibelikan untuk anak-anak yang memerlukan tablet untuk belajar.

Teruskan bacaan untuk melihat spesifikasi, harga, varian dan cara beli HONOR Pad X8a di Malaysia.

Spesifikasi

HONOR Pad X8a

Tablet ini memaparkan paparan LCD 1920×1200 11 inci dengan kadar penyegaran 90Hz serta kecerahan puncak 400 nits.

Paparan besar 11-inci menampilkan nisbah skrin-ke-badan 84%, menyediakan teknologi perlindungan mata berlipat ganda untuk penjagaan penglihatan anda.

Kelancaran yang menakjubkan sentiasa ada, sama ada anda sedang menstrim, bersidang atau membaca.

Tablet HONOR X8a, ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang dipasangkan dengan 4GB RAM dan storan 128GB.

Selain itu, ia berjalan pada MagicOS 8.0 berdasarkan Android 14 dan nampaknya tidak mempunyai penderia cap jari.

Untuk panggilan video, Pad X8a dilengkapi dengan kamera 5MP pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang peranti, bersama-sama dengan pembesar suara quad-stereo.

spesifikasi HONOR Pad X8a

Ia dikuasakan oleh bateri 8,300mAh yang menyokong pengecasan 10W. Dari segi sambungan, ia menyokong 4G LTE, Bluetooth 5.1 dan Wi-Fi 5.

Bateri 8300mAh terbina dalam menyokong kira-kira 14 jam main balik video tempatan2 dengan cas penuh.

Dengan hayat bateri selama 56 hari, ia sentiasa bersedia dengan tenaga penuh, sama ada untuk permainan langsung berjam-jam, kuliah dalam talian atau membaca e-buku.

Maklumat rasmi mengenai produk ini boleh dilihat melalui laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/global/tablets/honor-pad-x8a/spec/

Varian

HONOR Pad X8a datang dalam hanya 1 pilihan warna, Space Gray.

Tab ini juga hanya dijual dalam 1 pilihan varian sahaja – 4GB RAM dan 128G storan dalaman.

Harga di pasaran Malaysia

HONOR Pad X8a dijangka di jual secara rasmi di pasaran Malaysia pada harga RM799 sahaja.

Jika dibandingkan harga dengan spesifikasi yang datang bersama-sama tablet ini, boleh dikatakan ianya satu pembelian yang berbaloi untuk kegunaan harian.

Artikel berkaitan: 6 Tablet Terbaik Untuk Pelajar Universiti 2024 (Bawah RM1500)

Beli HONOR Pad X8a

Berminat dengan tablet ini?

Anda boleh mendpatkan HONOR Pad X8a melalui Shopee.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut