Hari Terbuka TUDM 2024 – Lokasi, Tarikh & Senarai Acara

CUTI SEKOLAH YANG ISTIMEWA – JOM KE HARI TERBUKA TUDM 2024 SEMPENA CUTI SEKOLAH INI

Adakah Anda Bersedia?

Tandakan kalendar anda bertarikh 2 Jun 2024! Ini kerana, aktiviti menarik akan diadakan sempena Hari Terbuka TUDM – terbuka kepada semua.

Jom ketahui lebih lanjut tentang Hari Terbuka TUDM ini dan acara yang terlibat pada hari tersebut.

Hari Terbuka TUDM 2024

Tentera Udara Diraja Malaysia akan menganjurkan Hari Terbuka sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke-66.

Berikut adalah butiran bagi tarikh dan pelaksanaan acara:

  • Tempat : Pangkalan Udara Kuantan
  • Tarikh : 2 Jun 2024 (Ahad)
  • Masa : Bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Tiket masuk : PERCUMA

Antara aktiviti yang menunggu anda:

  • Pertunjukan Udara
  • Pertunjukan Payung Terjun
  • Pertunjukan Pancaragam
  • Pameran Pesawat Statik
  • Booth Pameran dan Gerai Jualan
hari terbuka tudm

Berikut dikongsikan aturcara penuh bagi program yang akan berlangsung:

Ajak kawan-kawan anda bagi memeriahkan lagi #HUTTUDM66, sila tag dan share ya! 

Bagi Ibubapa atau adik-adik yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya TUDM dan bagaimana cara untuk menyertai TUDM?? Jemputlah ke Booth TUDM, kami akan terangkan kepada anda!!! 

Ramai yang terus komen dan ambil peluang untuk hadir ke Hari Terbuka HUT TUDM Ke-66. Untuk pengetahuan anda tim TUDM sedang giat melakukan persiapan akhir untuk memberikan pertunjukan terbaik buat anda semua. 

INGAT!!!! Masuk adalah percuma. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. 

TAHUKAH ANDA?

Sebagai suatu ketumbukan udara di dalam organisasi pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain menjalankan tugas utama menjaga kedaulatan ruang udara negara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga turut melaksanakan tugas sekunder dan fungsi sekunder TUDM adalah seperti berikut :

  • Civil Communication
  • Mercy Flight (Penerbangan Ihsan)
  • Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR)
  • Cloud Seeding (Pembenihan awan)
  • Search and Rescue (SAR)
  • Evacuation Operation
  • Logistic communication
  • Operasi Murni (Penghantaran barangan bantuan)
    “Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara”

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, sila ikuti saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini: