Harga Sawit Terkini & Semakan Harga Semasa ~ Permintaan minyak sawit pada peringkat global dijangka akan meningkat sekaligus menyebabkan harganya bakal melonjak naik bagi beberapa bulan mendatang.
Menurut pemerhatian seorang profesor ekonomi dari Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng, sektor berasaskan sumber serta komoditi terutamanya minyak sawit dan getah dijangka akan berkembang berikutan peningkatan harganya.
Baca Juga : Harga Getah Sabah Terkini & Cara Semakan
Pengenalan Minyak Sawit
Sawit atau nama saintifiknya, Elaeis guineensis Jacq, berasal dari Afrika Barat. Ia pertama kali dibawa masuk ke negara ini oleh orang Inggeris pada tahun 1870-an sebagai tanaman hiasan.
Namun, negara-negara lain sudah mengenalinya berdasarkan bukti awal penggunaannya:
- Kesan minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun di Abydos, Mesir.
- Sebagai bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu.
- Sebagai minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.
Penanaman sawit bermula secara besar-besaran di Malaysia pada tahun 1960-an. Ini diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai skim untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup di kalangan penduduk luar bandar.
Kini, tanaman sawit tumbuh dan berkembang di ladang yang terdapat di seluruh negara, dari Perlis hingga Sabah.
Pokok Sawit & Hasilnya
Pokok sawit benar-benar menguntungkan. Ia boleh mengeluarkan hasil yang berterusan selama 20 hingga 30 tahun.
Penanaman sawit memerlukan keluasan tanah yang lebih kecil berbanding tanaman minyak sayuran lain.
BUAH SAWIT
Pokok sawit yang sihat dapat menghasilkan kira-kira 26 Buah Tandan Segar (BTS) setiap tahun.
Apabila buah sawit masak, ia akan bertukar menjadi warna merah keemasan.
Ia mestilah dituai dan dihantar ke kilang dengan segera untuk memastikan minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi.
Buah sawit menghasilkan 2 jenis minyak:
- Minyak sawit dihasilkan dari bahagian sabut (mesocarpa)
- Minyak isirung sawit dihasilkan dari bahagian isirung (biji)
Semakan Harga Sawit Terkini 2024
Menerusi laman web MPOB, harga minyak sawit terkini pada 27 Jun 2024 adalah RM MYR 3,947.50.
Cara Semakan Harga Sawit Semasa
Semakan harga semasa bagi minyak sawit boleh dilakukan dengan melayari pautan rasmi MPOB seperti berikut :
I) Harga Harian Minyak Sawit Mentah – Malaysia (RM/Tan)
II) Laman web rasmi FELDA
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan harga sawit di Malaysia melalui laman web FELDA di pautan:
https://www.felda.gov.my/kerjasama-strategik/info-kewangan
Faktor Turun Naik Harga Minyak Sawit Mentah
Dr Sathia Varqa dari Palm Oil Analytics (POA) telah menggariskan beberapa faktor yang bakal mempengaruhi harga minyak sawit mentah dunia iaitu:
- Perkembangan penularan COVID-19 di mana ia meletakkan prospek ekonomi yang tidak menentu dan lemah
- Prospek pengeluaran kacang soya di Amerika Syarikat
- Dasar percukaian
- Persaingan harga
- Dasar biodoesel
- Ketengan hubungan politik dan perdagangan antara China dan AS
- Jurang minyak kelapa mentah dan minyak inti kelapa sawit
- Impak daripada mandat B30 Indonesia yang dilaksanakan akan terus menyokong harga minyak sawit kerana sebahagian besar kuantiti diserap oleh program ini.
- Sentimen antikelapa sawit yang berterusan di Eropah dan desakan untuk menghentikan penggunaan bahan api biologi (biofuel) minyak sawit menjelang 2030 akan menjejaskan harga kerana ekonomi utama Eropah akan fokus kepada memaksimumkan pengeluaran minyak biji bijian mereka sendiri.
Sumber: DagangNews, Harian Metro