Harga Bateri Kereta: Jenis Bateri dan Tips Pemilihan

harga bateri kereta malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk penggunaan biasa, kebiasaannya kita perlu menukar bateri kereta kita setiap beberapa tahun sekali oleh itu adalah penting untuk kita thu harga bateri kereta bagi memudahkan kita mengasingkan sedikit wang kecemasan apabila perlu menukar kereta baharu.

Bateri kereta hari ini biasanya bertahan tiga hingga lima tahun bagi bateri sel basah dan biasanya 2 tahun sahaja bagi bateri sel kering dalam jenis iklim panas dan lembap di Malaysia.

Walau bagaimanapun, jangka hayat bateri kereta juga boleh menjadi semakin pendek atas faktor-faktor lain.

Bateri kereta yang rosak akan memberi anda banyak tanda amaran, seperti lampu malap, tingkah laku penyaman udara yang pelik, atau engkol enjin yang perlahan.

Baca lagi: Maksud 13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard Anda

Jenis-jenis bateri kereta

Secara umumnya, terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu bateri sel basah dan bateri sel kering.

Berikut adalah perbezaan ketara antara kedua-dua jenis bateri kereta ini:

Bateri sel basah: Bateri jenis ini menggunakan air bateri. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Semakin kerap anda menggunakan kereta, semakin kerap anda perlu menyelenggara bateri kereta jenis basah ini untuk mengelakkan daripada bateri kereta anda kering.

Bateri sel kering: Untuk bateri kereta jenis Sel Kering ini pula, ia dikenali dengan nama lain iaitu “Maintenance-Free”. Ia tidak memerlukan penyelengaraan dan sangat mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Bateri jenis ini hanya perlu diganti dengan bateri baharu apabila ia sudah tidak berfungsi dengan baik.

Daripada segi harga, sudah semestinya bateri sel basah bagi kereta lebih murah namun anda perlu rajin untuk menyelenggara bateri jenis ini.

Harga bateri kereta

Harga bateri kereta bergantung pada jenis bateri dan jenama dan penjual itu sendiri.

Adalah penting untuk mengetahui harga bateri kereta bagi mengelakkan anda ditipu oleh penjual.

Terdapat banyak jenama yang dipercayai untuk bateri kereta di pasaran Malaysia antaranya Century, Varta dan Amaron.

Harga Bateri AmaronHarga Bateri CenturyHarga Bateri Motolite
NS40 RM188NS40 RM135NS40 RM130
NS60 RM218NS60 RM196NS60 RM160
NS70 RM378NS70 RM275NS70 RM225
55D/ 75D/ 80D RM32955D/ 75D/ 80D RM280DIN55 RM230
DIN55 RM369DIN55 RM28055D RM230
  DIN66 RM390NX120 RM290
  NX120-7 RM399 
Harga Bateri VartaHarga Bateri BoschHarga Bateri Kereta Yokohama
DIN75 RM408NS40RM158NS40 RM198
DIN80 RM1035NS60RM196NS60 RM193
DIN100RM570DIN55RM280NS70RM298
Q85 EFBRM448DIN100RM470  
S95 EFBRM560    
M42 EFBRM385    
DIN70 AGMRM930    
DIN80 AGMRM1035    
DIN95 AGMRM1170    
DIN105 AGM RM1580    

Berikut adalah harga bateri kereta yang dijual melalui laman Carput:

harga bateri kereta
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut