Sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kerajaan Perpaduan, Hannah Yeoh dikenali sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 hingga 2020.
Dengan kemenangan pada PRU15 baru-baru ini, Hannah Yeoh juga secara rasminya menyambung jawatan sebagai Ahli Parlimen Segambut yang telah dipegang sejak 2018.
Beliau merupakan satu-satunya pemimpin wanita daripada parti DAP yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Berikut kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai biodata serta latar belakang Hannah Yeoh.
Baca Juga : Biodata DS Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Berikut merupakan serba sedikit latar belakang bagi Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik baru-baru ini.
Biodata Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan
Nama Penuh : Hannah Yeoh Tseow Suan
Parti Politik : Democratic Action Party (DAP)
Tarikh Lahir : 9 Januari 1979 (43 tahun)
Status : Berkahwin, mempunyai 2 orang anak
Suami : Ramachandran Muniandy
Ahli Parlimen : P117 Segambut
Pencapaian : Young Global Leader, Class of 2018 (World Economic Forum)
Pendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang LLB, University of Tasmania
Pengalaman:
- Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2018 – 2020)
- Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (2013 – 2018)
- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N31 Subang Jaya (2008 – 2018)
- Jawatan Politik Dalam DAP :
- Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan
- Naib Pengerusi of Wanita DAP
- Ahli Jawatankuasa FT DAP
Facebook : Hannah Yeoh
Perjalanan Karier & Politik Hannah Yeoh
Sebagai pemegang ijazah dalam jurusan Undang-Undang, Hannah memulakan karier sebagai peguam di Malaysia dan Australia.
Selepas tiga tahun bekerja di sebuah firma guaman di Petaling Jaya, Hannah kemudiannya menyertai syarikat pengurusan acara pada 2006.
Pembabitannya dalam politik bermula hasil dorongan rakan sekolah, Edward Ling dan keduanya-duanya menyertai DAP pada akhir 2006.
Hannah juga merupakan Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2013 hingga 2018 sekaligus menjadikan beliau sebagai Speaker wanita yang pertama dan termuda bagi mana-mana dewan negeri dalam Malaysia.
Sebelum bertanding dalam peringkat Parlimen, Hannah Yeoh dahulunya berkhidmat selama 2 penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Subang Jaya.
Peranan beliau dalam parti politik DAP adalah sebagai Timbalan Pengerusi bagi Wanita DAP serta ahli bagi FT DAP.
Sumber : hannahyeoh.com
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/hannahyeoh/