8 Punca Haid Berpanjangan & Masalah Yang Mungkin Dialami

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setiap wanita pasti risau sekiranya berlaku haid berpanjangan. Ia mungkin menjadi petanda bagi masalah kesihatan yang serius.

Tambahan pula, masalah ini sering dikaitkan dengan kesuburan wanita.

Berapa Lamakah Tempoh Haid Normal?

Secara umumnya, haid biasanya berlaku dalam masa 3 hingga 7 hari. Haid yang berlaku lebih daripada 7 hari boleh dikatakan agak panjang daripada biasa.

Haid yang berpanjangan mungkin boleh menjadi indikasi kepada beberapa masalah kesihatan antaranya :

  • Ketidakstabilan hormon
  • Masalah peranakan
  • Kanser
  • Anemia
haid berpanjangan

8 Punca Haid Berpanjangan & Masalah Kesihatan Yang Anda Mungkin Alami

1. Perubahan Hormon atau Ovulasi 

Sekiranya tahap hormon tidak stabil atau kitaran ovulasi terganggu, lapisan dinding rahim boleh menjadi lebih tebal berbanding normal. 

Ini boleh menyebabkan seseorang mengalami darah haid yang lebih panjang daripada biasa. 

2. Pengambilan Ubat-Ubatan

Tempoh haid yang lama juga mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti :

  • Pil perancang
  • Aspirin atau ubat cair darah yang lain
  • Ubat anti-radang 
haid berpanjangan

3. Komplikasi Kehamilan

Pendarahan haid yang terlalu lama juga mungkin menjadi tanda kepada berlakunya komplikasi kehamilan seperti keguguran atau kandungan luar rahim. 

Selain itu, ia juga boleh menjadi gejala kepada masalah placenta previa. 

Sekiranya anda dapati ujian kehamilan positif dan anda sedang alami pendarahan, sila rujuk pada doktor segera. 

4. Fibroid 

Polyp atau fibroid yang tumbuh pada rahim juga boleh mengakibatkan pendarahan haid yang lama dan berlebihan.

Meskipun tidak menyebabkan kanser, namun ketumbuhan tisu fibroid dan polyp ini perlu diberikan perhatian serius. 

5. Hypothyroidism

Anda juga boleh alami haid berpanjangan sekiranya anda didapati menghidap hypothyroidism iaitu keadaan di mana thyroid tidak dapat berfungsi pada kadar yang optimum. 

6. Penyakit Berkaitan Darah 

Penyakit yang menjejaskan kemampuan badan untuk menghasilkan ketulan darah seperti hemophilia dan penyakit von Willerbrand. 

7. Obesiti 

Lebihan tisu lemak dalam badan boleh mendorong badan untuk hasilkan hormon estrogen secara berlebihan. Ini seterusnya boleh menjejaskan kitaran haid. 

8. Kanser

Haid yang berpanjangan mungkin menjadi simptom awal bagi kanser pada serviks atau rahim. 

Bagi sesetengah wanita, ia mungkin menjadi petanda awal bagi kanser. 

Jangan Berlengah Untuk Jumpa Doktor

Sekiranya anda alami haid yang berpanjangan, segeralah berjumpa dengan doktor.

Anda juga perlu mengambil serius sekiranya anda turut mengalami demam, pening kepala serta kehilangan darah yang banyak termasuk darah beku. 

Melengahkan diagnosa atau rawatan boleh membuatkan masalah kesihatan anda lebih teruk. 

Sumber : Healthline

Baca Juga : 10 Tanda Awal Kehamilan 1 Minggu Yang Jarang Diketahui

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut