Golongan T15 : Maksud & Purata Pendapatan Malaysia

golongan t15
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Golongan T15 : Maksud, Taraf Kehidupan & Purata Pendapatan di Malaysia

Berdasarkan kepada Pembentangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada menyebut tentang golongan T15 dan beberapa subsidi yang dikurangkan bagi golongan ini.

Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi secara lebih terperinci mengenai siapa yang dimaksudkan dengan golongan T15 dan kriteria purata pendapatan mereka.

Baca juga:

Golongan T15 : Maksud & Purata Pendapatan Malaysia

Siapa itu Golongan T15?

Golongan T15 merujuk kepada Top 15% dalam konteks pendapatan isi rumah di Malaysia. Ini adalah salah satu kategori yang digunakan untuk mengelompok isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan mereka.

Secara umumnya, pendapatan isi rumah di Malaysia dikategorikan kepada tiga golongan utama iaitu:

  1. B40 (Bottom 40%) – golongan isi rumah dengan pendapatan rendah.
  2. M40 (Middle 40%) – golongan isi rumah berpendapatan pertengahan.
  3. T20 (Top 20%) – golongan isi rumah berpendapatan tertinggi.

Golongan T15 termasuk dalam kategori T20 tetapi merujuk lebih spesifik kepada isi rumah yang berada dalam 15% teratas dari segi pendapatan, biasanya merangkumi mereka yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dalam golongan T20.

Dalam konteks ini, mereka adalah sebahagian daripada kumpulan berpendapatan tinggi, tetapi tidak mewakili keseluruhan T20 (yang merangkumi Top 20%).

Klasifikasi ini digunakan oleh kerajaan untuk mengenalpasti golongan sasaran bagi dasar-dasar ekonomi dan bantuan kewangan, seperti bantuan tunai, subsid, atau program pembangunan ekonomi.

TERKINI : Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi oleh Kerajaan setelah Perdana Menteri membuat pengumuman Belanjawan 2025 bagi memastikan penyasaran subsidi Kerajaan berlaku adil kepada semua pihak. (Rujuk : Belanjawan 2025: Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi – Rafizi)

    Kriteria Golongan T15

    Kriteria utama untuk golongan T15 biasanya berkait rapat dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah. Berikut adalah beberapa aspek yang dapat membantu menentukan kriteria golongan T15;

    1. Anggaran Pendapatan Bulanan

    Untuk berada dalam golongan T15, isi rumah mesti mempunyai pendapatan bulanan yang melebihi tahap tertentu. Angka ini akan berubah setiap tahun bergantung kepada situasi ekonomi negara. Menurut statistik terkini (bergantung kepada tahun semasa), pendapatan bulana yang diperlukan untuk termasuk dalam golongan T15 mungkin berada dalam lingkungan RM12,000 – RM13,000 ke atas atau lebih, namun ini hanya anggaran umum.

    Kredit: X @thevesh

    Berikut dilampirkan data pendapatan isi rumah mengikut persentil mengikut maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia (OpenDOSM) setakat tahun 2022. Dalam persentil ke-85 menunjukkan pendapatan RM13,295, bermakna 15% peratus pendapatan tertinggi di Malaysia (T15) bermula dari jumlah tersebut dan ke atas :

    Sumber: https://open.dosm.gov.my/ms-MY/data-catalogue/hies_malaysia_percentile?visual=bar

    2. Jenis Isi Rumah

    Kriteria ini jua dipengaruhi oleh saiz dan jenis isi rumah. Golongan T15 biasanya terdiri daripada is irumah dengan lebih dari satu pencari nafkah yang mempunyai pekerjaan dengan pendapatan tinggi, seperti profesional, usahawan, atau mereka dalam industri yang menawarkan gaji lumayan.

    3. Aset dan Simpanan

    Selain pendapatan, golongan T15 biasanya mempunyai simpanan dan aset yang signifikan seperti hartanah, pelaburan, atau kenderaan berharga.

    4. Lokasi Geografi

    Isi rumah yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Selangor mungkin lebih cenderung berada dalam golongan T15, kerana kos sara hidup yang tinggi di kawasan ini biasanya juga dikaitkan dengan pendapatan yang lebih tinggi.

    5. Perbezaan Sektor

    Sektor pekerjaan juga memainkan peranan dalam menentukan kedudukan seseorang yang berpendapatan T15. Mereka yang bekerja dalam sektor teknologi, perbankan, minyak dan gas, perubatan, dan keusahawanan sering kali termasuk dalam golongan ini.

    Golongan T15 dalam Belanjawan 2025

    • Subsidi petrol RON 95 bakal dipotong sebanyak RM 8 bilion untuk golongan T15.
    • Subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi golongan T15, penjimatan akan dimanfaatkan bagi menambah baik prasarana SBP dan IPTA.
    • Golongan T15 dikenakan kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Sains atau Universiti Awam (UA).

    NOTA PENTING : Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi oleh Kerajaan setelah Perdana Menteri membuat pengumuman Belanjawan 2025 bagi memastikan penyasaran subsidi Kerajaan berlaku adil kepada semua pihak. (Rujuk : Belanjawan 2025: Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi – Rafizi)

    Jumlah Purata Pendapatan di Malaysia

    Menurut laporan  Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), berikut adalah jumlah purata pendapatan di Malaysia:

    KedudukanNegeriJumlah Purata Pendapatan
    1Wilayah Persekutuan PutrajayaRM 13,473
    2Wilayah Persekutuan Kuala LumpurRM 13,325
    3SelangorRM 12,233
    4JohorRM 8,517
    5Pulau PinangRM 8,267
    6Wilayah Persekutuan LabuanRM 8,250
    7MelakaRM 8,057
    8TerengganuRM 7,248
    9Negeri SembilanRM 6,788
    10SarawakRM 6,457
    11SabahRM 6,171
    12PerakRM 5,779
    13PahangRM 5,777
    14PerlisRM 5,664
    15KedahRM 5,550
    16KelantanRM 4,885

    Taburan ini adalah berdasarkan lokasi kediaman isi rumah. Sebagai contoh, pendapatan pasangan yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di Petaling akan dikira di bawah Petaling.

    Anda boleh ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih berkenaan Belanjawan 2025 oleh Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/

    Sila layari juga pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut