TERKINI: LIZA AZIZ DINOBATKAN SEBAGAI JUARA GEGAR VAGANZA 2024!
Bermula 24 November ini, program hiburan terkemuka di Malaysia, Gegar Vaganza 2024 terbitan Astro akan kembali bersiaran.
Kali ini, program itu menampilkan 13 penyanyi solo dan sebuah kumpulan masyhur dari Indonesia, The Lima akan bersaing merebut kedudukan.
Persaingan sengit dilihat dalam Gegar Vaganza musim kesebelas (GV11) berikutan senarai penyanyi yang dipilih untuk menyahut cabaran dalam gelanggang ini semuanya hebat-hebat belaka.
Artikel berkaitan : One In A Million (OIAM) 2024 [LIVE] Waktu Siaran, Hos, Peserta
Pengenalan
Gegar Vaganza (GV) ialah sebuah rancangan realiti nyanyian popular di Malaysia yang memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi lama untuk kembali ke pentas hiburan.
Rancanga ini bukan sahaja mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan peminat muzik, tetapi juga mengangkat martabat penyanyi-penyanyi lama dengan memberi penghormatan dan peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat serta pengalaman yang dimiliki.
Ia mula disiarkan oleh Astro Ria pada tahun 2014 dan bertujuan untuk memperkenalkan semula artis-artis lama kepada generasi baru sambil menghidupkan semula karier mereka dalam industri muzik.
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 (GV11)
Berikut adalah 14 peserta yang bakal bertanding dalam Gegar Vaganza 2024 :
- Ronnie Hussein
- Nai Dinamik
- Fairuz Selamat
- Yazid Lovehunters
- Reshmonu
- Liza Aziz
- Illa Sabry
- Sheila Abdul
- Arrora Salwa
- Zehra Zambri
- Ning Baizura
- Inka Christie
- Dadali Dyrga
- The Lima (dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif)
Format Pertandingan Gegarvaganza
Setiap minggu, peserta dikehendaki mempersembahkan lagu berdasarkan tema tertentu. Persembahan mereka dinilai oleh juri tetap dan juri jemputan, yang terdiri daripada penyanyi, komposer, dan pengarah muzik terkenal.
Mata akan dikumpulkan setiap minggu, dan peserta dengan markah terendah akan tersingkir sehingga tinggal hanya seorang juara.
Tema Lagu
Setiap minggu, peserta akan diberikan tema tertentu seperti “Lagu Idola,” “Lagu Cinta,” atau “Lagu Rock,” yang menguji kebolehan mereka dalam pelbagai genre muzik dan memberi kepelbagaian kepada persembahan mereka.
Hadiah dan Pengiktirafan
Pemenang GV akan menerima hadiah wang tunai, trofi, dan pelbagai peluang kerjaya, termasuk undangan untuk menyanyi di konsert dan acara hiburan besar di Malaysia.
Juara gegar vaganza akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi,
Barisan Juri & Pengacara
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.
Musim ini juga menampilkan gandingan pengacara kegemaran ramai, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Senarai Juara Gegar Vaganza Musim 1 – 10
- Musim 1 (Ayai Illusi)
- Musim 2 (Siti Nordiana)
- Musim 3 (Azharina)
- Musim 4 (Aishah)
- Musim 5 (Noryn Aziz)
- Musim 6 (Hady Mirza & Naqiu)
- Musim 7 (Cliff Umar)
- Musim 8 (Aliff Aziz)
- Musim 9 (Jaclyn Victor)
- Musim 10 (Jaclyn Victor)
Keputusan LIVE Konsert Final GV11
Konsert Pertama Gegar Vaganza 2024 telah melabuhkan tirainya dengan mengumumkan Liza Aziz sebagai juara Gegar Vaganza Musim Ke-11 (GV11) semalam. Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi sumbangan Astro, anugerah Terpaling Adabi RM3,000 berserta barangan Adabi berjumlah RM500.
Liza Aziz juga diumumkan sebagai Ikon Super Lit CelcomDigi hasil dari undian peminat dan penonton. Penyanyi Ning Baizura pula mendapat kedudukan Naib Juara dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.
Kemudian, diikuti Sheila Abdul di Tempat Ketiga yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.
The Lima mendapat Tempat Keenam turut mengunguli Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak. Berikut adalah hasil keputusan penuh Konsert GV11 peringkat akhir:
KEPUTUSAN MINGGU 12 (PERINGKAT AKHIR)
No. Kedudukan | Penyanyi | Lagu | Markah |
---|---|---|---|
Juara | Liza Aziz | I Surrender, Cinta | 77.89% |
Naib Juara | Ning Baizura | A Moment Like This, Terlanjur Cinta | 71.04% |
Tempat Ketiga | Sheila Abdul | Listen, Aku Bersahaja | 66.61% |
Tempat Keempat | Dyrga Dadali | Kenangan Terindah, Kekasih Awal dan Akhir | 66.23% |
Tempat Kelima | Zehra Zambri | Berpaut Di Dahan Cinta, Beribu Sesalan | 64.38% |
Tempat Keenam | The Lima | Bila Rasaku Ini Rasamu, Bye Bye Bye | 63.42% |
HIGHLIGHT MINGGU 1
HIGHLIGHT MINGGU 2
HIGHLIGHT MINGGU 3
HIGHLIGHT MINGGU 4
HIGHLIGHT MINGGU 5
HIGHLIGHT MINGGU 6
HIGHLIGHT MINGGU 7
HIGHLIGHT MINGGU 8
HIGHLIGHT MINGGU 9
HIGHLIGHT MINGGU 10
HIGHLIGHT MINGGU 11
HIGHLIGHT MINGGU 12
Siaran Langsung (LIVE) Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024
Anda boleh saksikan Siaran Langsung (LIVE) Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 pada 9 Februari 2025 (Ahad), pada jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.
Anda juga boleh tonton secara langsung di saluran Astro Ria (Saluran 104) atau strim menerusi Astro GO, dan Sooka untuk fleksibiliti tontonan.
Pautan Youtube LIVE Gegar Vaganza 2024 (GV 11) : https://www.youtube.com/@AstroGempak