Gaya Bahasa: Senarai Gaya Bahasa Sastera Bahasa Melayu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Di dalam Komponen Sastera (KOMSAS) Bahasa Melayu, salah satu pembelajaran yang perlu dikuasai murid ialah gaya bahasa.

Murid perlu memiliki pengetahuan yang cukup dan menguasai pembelajaran ini dalam kedua-dua karya sama ada penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Definisi Gaya Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, secara mudahnya ianya bermaksud cara pemakaian bahasa.

Dalam erti kata yang lain, ia dapat difahami sebagai penggunaan bahasa yang dipilih dan digunakan untuk menyampaikan suatu maksud.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya.

Jenis Gaya Bahasa

Terdapat beberapa jenis iaitu:

i) Perbandingan – Bentuk bahasa perbandingan yang indah yang digunakan untuk menambahkan kesan dan makna tertentu dengan cara perbandingan sesuatu perkara dan perkara yang lain.

  • Metafora
  • Personifikasi
  • Simile

ii) Pertentangan – Bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang berlawanan dengan makna sebenarnya.

  • Hiperbola
  • Inversi
  • Paradoks

iii) Pengulangan – Gaya bahasa yang menganclungi unsur- unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang clianggap penting unmk menghasilkan kesan clan memberi tekanan clalam sebuah konteks yang sesuai.

  • Aliterasi
  • Anafora
  • Asonansi
  • Epifora
  • Rima

iv) Penyirnaan – Pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan atau pewujudan kata singkat atau ringkas, iaitu kata  yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata 

  • Sinkof

v) Pertautan

Unsur Gaya Bahasa

Berikut adalah unsur-unsur mengenai perkara ini boleh dilihat menerusi jadual di bawah:

Gaya BahasaMaksudContoh
MetaforaPemakaian kata atau ungkapan yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau penggunaan kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnyaBukit-bukit harapan *Bukit (unsur konkrit) *harapan (unsur abstrak)
PersonifikasiPenginsanan atau pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, haiwan, tumbuh-mmbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak. Yang berikut adalah antara contoh gaya bahasa personifikasi yang terdapat dalam teks KOMSAS.Kebosanan menggigit pangkal rasa (kebosanan bukan manusia, kebosanan tidak boleh menggigit)
SimilePerumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau sesuatu yang dianggap sama dengan menggunakan kata seperti “bak”, “laksana”, “seperti”, “umpama”, “penaka”, “ibarat”, “macam”, “bagai”, dan “serupa”.– Seperti kolek terdampar di pasir
– Bagai buih kecil di air
HiperbolaMengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau melampau daripada segi jumlahnya– Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungaan (manusia tak mungkin dapat cinta akan berjuta-juta bunga).
– Sekarang Kumpulkan tenaga raksasa (manusia tak mungkin dapat mengumpulkan tenaga seperti raksasa)
– Seribu tahun kembali juga (manusia tak mungkin berjumpa selepas seribu tahun)
InversiPertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim atau gaya bahasanya yang menyongsang struktur kata, frasa, atau klausa dalam ayatAduhai adinda berpesan adik (*Sepatutnya ditulis Aduhai adinda adik berpesan).
ParadoksMengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dan pendapat umum atau realiti.Di tengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan.
AliterasiPengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa traclisional, atau prosa modenAyamnya menang kampung tergadai (Pengulangan huruf konsonan “m”)
AnaforaPengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam bahan prosa atau puisiTerbang kenanga terbang pohon. Terbang burung sering dipohon.
AsonansiPengulangan bunyi vokal yang sama. Terdapat enam jenis bunyi vokal dalam Bahasa Melayu tetapi dalam penulisan bunyi ini diwakili oleh lambang- lambang ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’Aduhai malang Pak Kaduk (pengulangan huruf vokal “a”)
EpiforaPengulangan kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau ayat yang berturutan.Sayang Salmah hatinya pedih. Teruja sakitnya hati pedih.
RimaBunyi yang sama pada huruf akhirnya atau kata akhir dalam sesuatu rangkap yang terdapat dalam puisi seperti pantun, syair, gurindam atau susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir dalam sesuatu baris atau serangkap puisi.Pukul gendang kulit kerbau, Dalam Majlis Tari-menari, Kami ini dagang merantau, Mengharap belas orang di sini.
SinkofPengguguran huruf sisipan atau suku kata sisip bagi perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataanKu, mu, mau, tak, nak, mak

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai perkara ini, sila tonton video berikut di pautan https://www.youtube.com/watch?v=RSRqFVZl0wc.

Baca juga: Ujian Bertutur Bahasa Melayu: Format & Contoh Soalan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut