Gaji Oktober 2024 – Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam

gaji oktober 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi penjawat awam yang menantikan gaji mereka termasuk bayaran gaji Oktober 2024, mereka boleh menyemak tarikh pembayaran gaji setiap bulan seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Tarikh pembayaran gaji tersebut dikeluarkan oleh pihak JANM selaku pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

Disebabkan itu, penjawat awam yang ingin mengetahui tarikh bayaran gaji mereka boleh menyemak jadual tarikh pembayaran gaji seperti yang dikeluarkan oleh pihak JANM.

Mengenai e-Penyata Gaji

Untuk mengakses penyata gaji penjawat awam, ianya boleh diakses secara online menerusi sistem e-Penyata Gaji.

Sistem ini digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu. 

Namun, sistem ini terhad menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja: 

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan 
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Tarikh Bayaran Gaji Oktober 2024

Bagi jadual penuh tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut.

Untuk bayaran gaji bulan Oktober 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 24 Oktober 2024 iaitu pada hari Khamis.

Bagi mereka yang beragama hindu, mereka akan menyambut Hari Deepavali pada 31 Oktober 2024 iaitu pada Khamis.

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
gaji januari 2024 penjawat awam
Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Bagi penjawat awam di seluruh Malaysia, mereka bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

Ini berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau semasa Hari Pekerja 2024.

Peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara kerana kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus sahaja.

Kenaikan gaji mulai Disember 2024 ini akan membabitkan peruntukan mencecah RM10 bilion.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut