Funtasi Land Sekinchan: Waktu Operasi, Harga Tiket & Aktiviti

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Funtasi Land di Sekinchan, Selangor, merupakan destinasi rekreasi terbaru yang menarik perhatian ramai, terutama bagi keluarga yang mencari pengalaman unik dan menyeronokkan.

Dengan tema warna merah jambu, ianya unik dan sesuai sangat dijadikan tempat OOTD sambil bersantai kan?

Jom ketahui lebih lanjut tentang tempat ini!

Funtasi Land Sekinchan

Pengenalan

Terletak berhampiran Pantai Redang, Funtasi Land menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Pembinaan taman tema baru di Sekinchan ini adalah sebahagian persediaan sempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025 dan disasarkan menarik seramai 8 juta pelancong untuk Tahun Melawat Selangor 2025.

@funtasilandsekinchan

Just another day filled with magic and fun at Funtasi Land! 🎡🚂✨ Come experience the rides, colors, and laughter—where every moment feels like an adventure! 💜🎠🌟 #FuntasiLand #FamilyFun #GoodVibesOnly #ThemeParkMagic #SekinchanFunFair #紫在适耕庄 #FuntasiLandSekinchan #AdventureAwaits

♬ original sound – °˖✧˚Talia˚✧˖°

Waktu Operasi

Funtasi Land dibuka setiap hari pada waktu berikut:

  • Isnin – Khamis : 3 petang – 11 malam
  • Jumaat – Ahad : 11 pagi – 11 malam

*NOTA: Waktu operasi mungkin berbeza pada cuti umum atau musim perayaan.

Adalah disarankan untuk memeriksa laman rasmi atau menghubungi pihak pengurusan sebelum merancang lawatan bagi memastikan waktu operasi terkini.

Funtasi Land

Harga Tiket Funtasi Land

Harga tiket masuk ke Funtasi Land adalah RM5 sahaja.

Terdapat permainan berbayar yang memerlukan token. Setiap token berharga RM3.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket dan promosi terkini, sila rujuk laman Facebook rasmi Funtasi Land.

Artikel berkaitan: LAMPU Putrajaya: Tarikh, Jadual, Acara, Harga tiket

Aktiviti Menarik

Apa yang menarik di sini?

Funtasi Land menawarkan pelbagai aktiviti yang pasti memikat hati pengunjung:

  1. Taman Tema Mini: Nikmati pelbagai permainan seperti merry-go-round dan pelbagai permainan atau ride yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
  2. Kawasan Makan: Nikmati pelbagai hidangan gerai-gerai makanan yang disediakan sambil berehat dan menikmati suasana taman.

Lokasi terletak berhampiran dengan kawasan sawah padi yang luas, membolehkan pengunjung menikmati pemandangan hijau yang menenangkan dan mengambil gambar kenangan.

Jom tengok video ini :

Selain itu, kawasan ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas awam dan kawasan letak kereta yang luas untuk keselesaan pengunjung.

permainan funtasi land
aktiviti Funtasi Land Sekinchan

Tips Lawatan Funtasi Land

Berikut merupakan beberapa tips bagi anda yang ingin datang ke sini:

  • Pakaian Selesa: Pakai pakaian dan kasut yang selesa kerana anda akan banyak berjalan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti.
  • Pelindung Matahari: Bawa topi dan sapukan krim pelindung matahari untuk melindungi diri daripada sinaran matahari, terutamanya jika anda merancang untuk berada di luar dalam jangka masa yang panjang.

Taman tema terbaru di Sekinchan ini sememangnya destinasi yang ideal untuk percutian keluarga, menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti meninggalkan kenangan manis buat semua.

Jangan lepaskan peluang untuk melawat dan menikmati pengalaman yang ditawarkan di sini.

tempat menarik sekinchan

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi Funtasi Land dan berhubung dengan pegawai bertugas melalui telefon dan emel di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut