[LIVE] Malaysia vs Lubnan: Keputusan Final Pestabola Merdeka 2024

Malam tadi, kita menyaksikan Final Pestabola Merdeka 2024 LIVE yang menampilkan aksi bertenaga dari skuad Malaysia dan Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa yang mengejutkan, Skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi selepas menjuarai Pestabola Merdeka 2024. Jom kita ikuti keputusan terkini perlawanan.

Baca juga:

Final Pestabola Merdeka 2024 – Malaysia vs Lubnan

Malaysia menjadi juara Pestabola Merdeka 2024 selepas berjaya menewaskan Lubnan 1-0 dalam Final Pestabola Merdeka 2024 LIVE di Stadium Nasional Bukti Jalil (SNBJ), malam tadi.

Gol tunggal pada minit ke-33 itu telah disempurnakan oleh Romel Morales sekaligus berjaya menamatkan kemarau Malaysia untuk menjulan piala.

Kemenangan ini hadiah buat rakyat Malaysia sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia!

final pestabola merdeka live
final pestabola merdeka live

Keputusan Penuh Final Pestabola Merdeka 2024

  • Juara : Malaysia 🇲🇾
  • Naib Juara : Lubnan 🇱🇧
  • Tempat Ketiga : Tajikistan 🇹🇯
@astroarena

13x JUARA PESTA BOLA MERDEKA! 🥳🇲🇾 Selepas tumpas di edisi Pesta Bola Merdeka 2023, Pasukan Harimau Malaya bangkit di edisi tahun 2024 untuk mengutip kejuaraan ke-13 Malaysia di Pesta Bola Merdeka! #PestabolaMerdeka2024

♬ original sound – Astro Arena – Astro Arena
final pestabola merdeka live

Ranking Malaysia Dalam FIFA

Malaysia kini berada di tangga ke-131 dunia selepas meraih tambahan +5.68 mata untuk mengumpul 1117.68 mata.

Skuad negara meraih 10.16 mata tambahan hasil kemenangan ke atas Filipina dan juga Lubnan.

Malaysia juga berjaya memintas beberapa buah negara seperti Indonesia (132) dengan 1115 mata, Rwanda (133) dan Gambia (134).

Sorotan Perlawanan Final

Anda boleh saksikan sorotan perlawanan akhir Malaysia menentang Lubnan di sini: ASTRO ARENA

Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini berkenaan Pestabola Merdeka 2024 di sini:

Bantu kami share artikel ini: