Faraid : Sistem Pembahagian Harta dalam Islam

faraid
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ajaran agama Islam itu merangkumi seluruh kehidupan manusia. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapatnya sistem pembahagian harta pusaka yang dinamakan sistem faraid, bagi umat Islam yang mempunyai harta dan telah meninggal dunia.

Sistem ini merupakan satu cara pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan oleh syarak Islam. Ia berfungsi untuk memastikan keadilan dalam pengagihan harta kepada waris setelah seseorang individu itu meninggal dunia. 

Pada artikel kali ini akan akan dibincangkan maksud, hukum, kaedah pembahagian, serta harta yang boleh difaraidkan. Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lagi berkenaan ilmu pembahagian harta ini. 

Maksud Faraid

Faraid berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab yang asalnya daripada perkataan fardh yang bermaksud al-taqdir (yang ditentukan). Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka (pewarisan) atau ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati.

Ia adalah gabungan kaedah fiqh dan matematik yang membolehkan hak setiap waris diketahui daripada pengiraan yang dilakukan. Ilmu pembahagian harta jenis ini adalah bersumberkan kepada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama dan Ijtihad para sahabat. Perkara ini telah dijelaskan

Hukum melaksanakan ilmu pembahagian harta jenis ini adalah wajib bagi setiap Muslim yang meninggalkan harta setelah kematian. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah An-Nisa yang menyatakan peraturan tentang pembahagian harta pusaka seperti berikut:

يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ ۚ إِنِ امْرُؤٌ هَلَكَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُخْتٌ فَلَهَا نِصْفُ مَا تَرَكَ ۚ وَهُوَ يَرِثُهَا إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا وَلَدٌ ۚ فَإِنْ كَانَتَا اثْنَتَيْنِ فَلَهُمَا الثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَ ۚ وَإِنْ كَانُوا إِخْوَةً رِجَالًا وَنِسَاءً فَلِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۗ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah, Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mewarisi (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak. Tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara laki-laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Al-Nisa’: 176)

Sumber: E-faraid MAIS

Rukun Pusaka Faraid

Sistem faraid ini boleh digunapakai apabila tiga rukun dibawah ini telah dipenuhi, jika salah satu rukun tiada, sistem ini tidak boleh dilaksanakan:

  1. Si mati: Orang yang meninggal dunia dan diwarisi hartanya.
  2. Waris: Orang yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan, keturunan, pembebasan hamba dan Islam.
  3. Harta: Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati:
    • Harta Pusaka
      1. Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
      2. Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
      3. Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
      4. Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
      5. Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
      6. Penama Takaful; dan
      7. Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.
    • Bukan Harta Pusaka
      1. Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
      2. Khairat kematian;
      3. Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
      4. Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
      5. Pencen terbitan; dan
      6. Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

Waris Yang Berhak

Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dibahagikan kepada waris lelaki dan perempuan. Penentuan jantina waris adalah sangat penting dan hendaklah dipastikan kerana ia akan menentukan waris-waris mewarisi secara fardu atau asobah.

Berikut adalah senarai waris yang berhak berdasarkan sistem faraid ini:

Waris Lelaki

  • Anak lelaki
  • Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah
  • Bapa
  • Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke atas
  • Saudara seibu sebapa lelaki
  • Saudara sebapa lelaki
  • Saudara seibu lelaki
  • Anak saudara seibu sebapa lelaki dan ke bawah
  • Anak saudara sebapa lelaki dan ke bawah
  • Bapa saudara seibu sebapa
  • Bapa saudara sebapa
  • Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah
  • Anak lelaki kepada kepada bapa saudara sebapa dan ke bawah
  • Suami
  • Tuan yang membebaskan hamba

Jika seseorang meninggal dunia meninggalkan semua waris lelaki sahaja tanpa waris perempuan, hanya 3 waris lelaki sahaja yang layak mewarisi pusaka berdasarkan sistem faraid, iaitu:

  • Bapa
  • Suami
  • Anak Lelaki

Waris Perempuan

  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan daripada Anak lelaki dan ke bawah
  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu dan ke atas
  • Nenek sebelah bapa dan ke atas
  • Saudara seibu sebapa perempuan
  • Saudara sebapa perempuan
  • Saudara seibu perempuan
  • Isteri
  • Tuan yang membebaskan hamba

Sekiranya seseorang si mati semua waris perempuan tanpa waris lelaki, hanya 5 orang yang layak menerima harta melalui sistem faraid ini, iaitu:

  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan daripada anak lelaki (jika simati hanya ada seorang anak perempuan)
  • Ibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Isteri

Baca berkenaan Ahli Sunnah Wal Jamaah di SINI.

Formula Kiraan / Pembahagian Faraid dalam Islam

Berikut merupakan kadar pembahagian harta berdasarkan sistem faraid:

sistem faraid
sistem faraid

Anda juga boleh melakukan pengiraan sistem pembahagian harta ini dengan mudah menggunakan kalkulator faraid yang disediakan oleh MYLAND

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut