eTukar Bukan Guru: Login, Permohonan & Semakan Status Pertukaran KPM

Sistem eTukar Bukan Guru ini hanya untuk kegunaan kakitangan
bukan guru (selain daripada guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia

Sistem e-tukar bukan guru dapat menyediakan permohonan
secara atas talian (online).

Sistem ini dapat memproses permohonan pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pangkalan data berpusat, secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesan
permohonan pertukaran.

Pertukaran bukan guru ini mempunyai 4 sesi sepanjang tahun, iaitu
pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

Disini kami kongsikan cara membuat permohonan dan semakan status dalam sistem eTukar Bukan Guru.

Apakah eTukar Bukan Guru?

e-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan.

Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah.

Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian.

Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:

  1. Mengikut pasangan bertukar
  2. Mencari pengalaman baru
  3. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)
etukar bukan guru

Cara Permohonan Pertukaran Online eTukar Bukan Guru

Untuk membuat permohonan pertukaran, sila lengkapkan borang permohonan online di laman web https://etukar.moe.gov.my/

Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan.

Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

  1. Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
  2. Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
  3. Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
  4. Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
  5. Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
  6. Laporan Polis; jika berkaitan dan
  7. Lain-lain dokumen berkaitan.

Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar / pengetua / pengarah-pengarah IPG / pengarah-pengarah kolej matrikulasi, pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan.

Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.

Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.

Kemaskini Maklumat Permohonan Pertukaran

Maklumat dalam e-tukar pemohon boleh dikemaskini selagi
permohonan belum dihantar dengan cara login atau log masuk ke laman e-tukar.

Sekiranya pemohon telah menghantar permohonan tersebut, pengguna tidak boleh mengemaskini maklumat berkenaan.

Baca juga: PKSK 2022: Permohonan Sekolah Khusus (SBP, MRSM, SMKA, SMT)

Tarikh Penting Semakan Permohonan eTukar Bukan Guru 2021

Kalendar Aktiviti Permohonan Pertukaran Bukan Guru KPM Bil. 2/2021
PeringkatAktiviti.Tempoh Masa
1Permohonan Atas Talian Oleh Pemohon bagi Sesi 2 Tahun 2021 (1 – 31 Julai 2021) *Pengesahan juga boleh dilakukan oleh Pengesah I sebaik sahaja permohonan dihantar oleh pemohon tanpa perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan.31 Hari
2Pengesahan di peringkat Pengesah I (1 – 9 Ogos 2021)
– Pengesah I adalah terdiri di kalangan Ketua Jabatan tempat pemohon bertugas seperti Guru Besar/Pengetua/Pengarah IPG/Pengarah Kolej Matrikulasi dll.
9 Hari
3Pengesahan di peringkat Pengesah II (10 – 19 Ogos 2021)
– Pengesah II adalah terdiri di kalangan Ketua Jabatan di peringkat negeri atau bahagian seperti Pengarah-pengarah JPN/Pengarah-pengarah Bahagian.
10 Hari
4Pemprosesan kelulusan permohonan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (20 – 27 Ogos 2021) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (28 Ogos – 8 Oktober 2021)50 Hari
5Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon (9 Oktober 2021)1 Hari
6Pemohon berjaya melaporkan diri (25 Oktober 2021)1 Hari

Lupa Kata Laluan

Klik pada lupa kata laluan, kata laluan baru akan dihantar melalui
emel yang telah didaftarkan.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang emel ini bermakna emel yang didaftarkan tidak sah.Langkah seterusnya pemohon boleh emelkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan nama
penuh ke alamat [email protected].

Pihak pentadbir e-tukar akan membantu dan memberikan kata laluan baru kepada anda melalui emel.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang masalah/aduan berkaitan dengan Sistem e-TUKAR, sila maklumkan kepada pihak pentadbiran melalui email berikut: [email protected]

Nombor talian :

Jawatan Lantikan SPP Gred Lantikan :
03-88847760 / 03-88847759 /
03-88847846 / 03-88721550

Gred Hakiki, Naik Pangkat Bukan Guru :
03-88721422 / 03-88847884

Jawatan Gunasama :
03-88721424

Jawatan Kader :
03-88847768

Talian Bantuan boleh dihubungi pada waktu dan hari seperti berikut :

Waktu Bekerja : 8.30 Pagi –5.30 Petang

Hari Bekerja : Isnin – Jumaat

Baca juga: Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!