Contoh Email Mohon Kerja Yang Ringkas & Padat (BM & BI)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Teruskan bacaan mengenai cara menulis email mohon kerja secara profesional bagi menunjukkan kepada para majikan bahawa anda seorang yang profesional.

Apabila anda ingin memohon pekerjaan yang diiklankan di media sosial, internet dan seumpamanya, biasanya pihak syarikat yang mengiklankan pekerjaan tersebut akan meminta calon yang berminat untuk menghantar resume atau CV mereka melalui emel.

Bagi menunjukkan kepada bakal majikan yang anda berminat dengan pekerjaan atau jawatan yang ditawarkan, anda mestilah menghantar emel permohonan kerja tersebut dengan penuh profesional.

Isi Yang Wajib Dimuatkan Dalam Emel Memohon Kerja

email mohon kerja

Tidak cukup sekadar melampirkan resume/CV tanpa menulis apa-apa pada emel tersebut kerana perbuatan tersebut jelas menunjukkan anda kurang beradab dan tidak profesional.

Sekurang-kurangnya karang beberapa perenggan menyatakan beberapa perkara berikut:

  1. Pekerjaan sekarang termasukan jawatan dan nama syarikat (sekiranya sudah bekerja)
  2. Nyatakan sebab kenapa berminat dengan jawatan yang ditawarkan
  3. Nyatakan skill yang ada miliki dan/atau projek penting yang ada pernah terlibat
  4. Nyatakan mengapa anda merupakan calon yang layak untuk jawatan yang diiklankan
  5. Nyatakan nombor telefon yang boleh dihubungi
  6. Lampirkan resume/CV anda

FORMAT MENULIS E-MAIL UNTUK MOHON KERJA

Melalui Facebook, seorang majikan berkongsi beberapa tips penting yang mungkin dianggap remeh oleh calon yang memohon kerja. Sila take note ya!

1. Alamat E-mel Professional
Mohon sangat untuk anda gunakan email yang nampak professional, bukan email yang berbelit belit lidah nak baca, lepas tu siap ada cayunk-cayunk @gmail lagi adeh.

2. ‘Subject Header’
Bagi saya ini penting, mohon gunakan “Subject di email” untuk tulis apa tujuaan anda send email, jika tujuan anda untuk apply kerja, tulis jenis jawatan yang anda ingin mohon.

3. Isi Kandungan E-mel
Yang ni ramai abaikan, kome ingat cukup dengan hanya send resume tanpa satu ayat pun?

Biasakan tulis,

  • Pengenalan diri secara ringkas,
  • Pengalaman praktikal/kerja,
  • Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
  • Butiran untuk dihubungi, dan

YANG NI BONUS KALAU ADA,
‘Recommendation Letters’
Surat sokongan bertulis dari majikan tempat anda pernah pratikal / latihan industri).

Selepas anda ikut apa yang saya tulis ini, berserah dan berdoa kepada Allah, moga-moga syarikat yang anda mohon kerja terbuka hati untuk panggil anda interview.

Akhir kata,
Semoga dengan adanya status ini, saya harap tidak lagi anda send permohonan kerja yang salah.

email mohon kerja

Baca lagi tips mohon kerja melalui e-mail : https://www.facebook.com/irmeorshamshir/posts/10205451054090350

Artikel berkaitan: SIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan

Contoh Email Mohon Kerja (BM)

Berikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Melayu.

Selamat sejahtera Tuan/Puan [NAMA],

Saya [NAMA] dan kini merupakan seorang [PEKERJAAN SEKARANG] di [NAMA SYARIKAT] sangat berminat untuk memohon jawatan [JAWATAN YANG DI IKLANKAN] yang diiklankan oleh syarikat tuan/puan.

Saya berpengalaman selama [NYATAKAN PENGALAMAN] dalam bidang [NYATAKAN KERJA DAN SKILL ANDA]. Saya berharap dapat menyumbangkan kepakaran saya kepada syarikat tuan/puan dan pada masa mengembangkan lagi pengalaman saya dalam jawatan yang dipohon.

Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.

Sekian, terima kasih.

[NAMA]
[NO TELEFON]

Contoh Emel Permohonan Kerja (BI)

Berikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Inggeris.

Dear Hiring Manager,

I was keenly interested in reading the job posting for the position of [POSITION ADVERTISED]. I believe my experience is a strong match for the responsibilities pertaining to this role, and I’m pleased to submit my application for the position.

My most recent [CURRENT POSITION], where I [JOB DESCRIPTION]. In addition, [SKILL].

I have attached my resume to this letter. Through it, I hope you will learn more about my background, education, achievements, and awards.

If I can provide you with any further information, please let me know. I look forward to hearing from you about this opportunity.

Thank you for your consideration.

[NAME]
[PHONE NUMBER]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut