Cara Tebus RM150 Kredit eBelia Melalui ShopeePay Mulai 1 Jun 2021

ebelia shopeepay
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seperti anda sedia maklum, penebusan kredit eBelia sebanyak RM150 hanya boleh dibuat bermula tarikh 1 Jun ke atas.

Sekiranya anda pengguna tegar Shopee, eloklah kiranya anda memilih untuk tebus kredit tersebut melalui ShopeePay.

Tambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing.

Sama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.

Kredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

Untuk tebus, layari ShopeePay sekarang dan buat pengesahan segera!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut