E-Dereg: Sistem Pelupusan Kereta Lama Secara Online

sistem pelupusan kenderaan online
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalka satu inisiatif atau sistem baru dikenali esbagai E-Dereg untuk memudahkan proses membatalkan pendaftaran kenderaan.

Masalah lambakan kereta buruk yang diletakkan merata-rata merupakan antar masalah yang suda lama membelenggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta penduduk setempat.

Di Selangor sahaja, terdapat puluhan ribu kenderaan terbiar yang bukan sahaja menyusahkan orang ramai, malah mendatangkan bahaya kepada alam sekitar.

Proses melupuskan kenderaan ini memerlukan majlis tempatan mengeluarkan beberapa notis kepada pemilik berdaftar kerana mereka tidak boleh melupuskan harta orang ramai di bawah undang-undang.

Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian

e-dereg lupus kenderaan

Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian atau Online Motor Vehicle De-registration System (singkatannya e-Dereg) merupakan sistem dalam talian yang dibangunkan untuk pemilik kenderaan melupuskan kenderaan mereka dengan mudah.

Dengan pengenalan sistem baru ini, pemilik asal kenderaan tidak perlu lagi pergi ke pejabat JPJ bagi proses nyah-daftar kenderaan.

Sistem ini dengan pusat perintis yang terletak di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, membolehkan pemilik kenderaan membatalkan pendaftaran dalam masa lima minit.

Sistem dalam talian ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan E-Auto Sdn Bhd dilaksanakan dengan pihak Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Car Medic Sdn Bhd.

Pemilik kenderaan perlu menghubungi Car Medic untuk mengatur temujanji bagi tarikh menunda kenderaan dan pemilik diperlukan hadir ke premis Car Medic untuk proses pembatalan pendaftaran yang menggunakan sistem e-Dereg.

Objektif e-Dereg

Sistem e-Dereg bertujuan menggalakkan pemilik dengan kenderaan berusia 30 atau 40 tahun yang tidak lagi layak jalan untuk membuang mesin mereka kerana mereka tidak lagi perlu hadir secara fizikal di Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tujuan ini.

Melalui sistem ini, pemilik hanya perlu memberikan MyKad mereka dan mengesahkan identiti mereka dengan cap ibu jari.

Sistem ini meliputi pembangunan ekosistem dari proses pembatalan pendaftaran hingga penubuhan pusat pelupusan kenderaan berlesen yang mematuhi piawaian keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut