Bidaah : Sinopsis, Senarai Pelakon & Tarikh Ditayangkan

drama bidaah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Drama web terbaru bertajuk Bidaah yang diterbitkan oleh Rumah Karya Cinta bakal ditayangkan sepanjang bulan Ramadan ini. Drama yang membincangkan konflik dalam agama ini sangat sesuai dipertontonkan pada bulan mulia ini.

Drama 15 episod ini akan ditayangkan sepenuhnya di platform penstriman Viu sahaja. Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan drama ini, baca artikel ini sehingga ke penghujung. 

Sinopsis Drama Bidaah

Drama web terbaru yang bertajuk bidaah ini merupakan karya penerbit drama tersohor, Eirma Fatima yang telah diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya atau lebih dikenali sebagai Pali Yahya. 

Drama yang menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana dan Marissa Yasmin ini berkisahkan tentang ilmu ajaran sesat yang telah tersebar di sebuah kampung.

Ajaran sesat yang dibawa oleh Walid (Faizal Hussein) bertentangan dengan ajaran Islam. Walid dengan beraninya telah mengaku bahawa dirinya merupakan jelmaan Iman Mahdi kepada para pengikutnya.

Kesesatan inilah yang akan cuba dibanteras oleh Hambali yang dilakonkan oleh Fattah Amin, dan watak ini, telah dibantu oleh Baiduri (Riena Diana) yang ingin menyelamatkan ibunya yang telah hanyut terikut ajaran sesat yang dibawa Walid. 

drama bidaah

Waktu Tayangan, Episod & Platform Penstriman Drama Bidaah

Bagi anda yang berminat untuk menonton drama bertajuk Bidaah ini, anda boleh menontonya di platform penstriman Viu bermula 6 Mac 2025 (Khamis) ini. 

Drama yang diterbitkan oleh Eirma Fatimah ini akan ditayangkan selama 40 minit bagi setiap episod, dan keseluruhan episod bagi drama ini adalah sebanyak 15 episod sahaja.

Senarai Pelakon Drama Bidaah

Berikut merupakan senarai pelakon hebat yang bakal terlibat dalam penghasilan drama Bidaah ini nanti:

  • Faizal Hussein
  • Fattah Amin
  • Riena Diana
  • Marissa Yasmin
  • Vanidah Imran
  • Hasnul Rahmat 
  • Fazlina Ahmad Daud 
  • Nur Fathia Latiff 
  • Malia Baby 
  • Nafiz Muaz
  • Hanna Faresha
  • Bibi Qairina 
  • Iman Zulkarnain

Baca juga: Dendam Seorang Madu : Sinopsis, Pelakon & Tarikh Ditayangkan

Kontroversi dan Kecaman Netizen

Baru-baru ini, Drama Bidaah telah mencetuskan kontroversi apabila satu adegan memaparkan watak lakonan Vanidah Imran mengusap janggut watak Faizal Hussein menggunakan kaki. Ramai netizen mengkritik babak tersebut kerana dianggap mengandungi elemen tidak sesuai dan berpotensi memberi persepsi negatif terhadap agama Islam.

@purestpixels

Cerita apa aku tengok ni? 🤣 BidaahSeries

♬ original sound – Pure Pixels – Pure Pixels
Kredit: Tiktok @purestpixels
Kredit: FB Brader Filem

Erma Fatima, selaku penulis skrip dan penerbit drama tersebut, menyatakan bahawa beliau sudah biasa menerima kritikan dan sentiasa berlapang dada menerimanya. Beliau menegaskan bahawa niatnya bukan untuk memburukkan nama baik Islam, tetapi untuk memberi pengajaran kepada penonton agar berhati-hati dalam mencari ilmu agama dan tidak taksub tanpa asas yang kukuh.

Menurutnya, “Bidaah” tidak diambil daripada mana-mana kisah ajaran sesat, sebaliknya berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri.

Erma juga mengakui bahawa sentuhan antara bukan mahram adalah haram dalam Islam dan tidak menafikan perkara tersebut. Beliau berharap penonton dapat memahami mesej yang ingin disampaikan melalui drama ini dan tidak menilai hanya berdasarkan satu adegan sahaja.​

Selain “Bidaah”, drama “Keluarga Itu” yang kini ditayangkan di TV3 juga menerima kritikan kerana dianggap tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan. Namun, Erma menjelaskan bahawa penjadualan tayangan adalah keputusan pihak stesen TV dan di luar kawalannya.

Baca juga: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan Episod 1-30

Trailer Drama Bidaah

Berikut merupakan trailer drama bidaah ini yang akan ditayangkan pada 6 Mac 2025 nanti:

@ermafatimarahmad

Tak semua persoalan ada jawapannya dan tak semua jawapan mampu di mengertikan. Aku takde jawapan tapi aku ada persoalan. Persepsi ? #ViuMalaysia #BidaahSeries

♬ original sound – erma fatima – erma fatima
Kredit: Tiktok @ermafatimarahmad

Teaser & Highlight Episod 1 – 3

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut