Dr Say Shazril : Biodata “Doktor Selebriti” Yang Jadi Influencer

Dr Say Shazril
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebut sahaja tentang doktor kacak dan berbadan sado di Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan nama Dr Say Shazril.

Dek kerana personalitinya yang “charming”, bergaya dan cukup merendah diri, beliau sering dijadikan contoh lelaki idaman para wanita.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Dr Say Shazril.

Baca juga:

Latar Belakang

Dr Say Shazril
NamaMuhammad Shazril bin Shaharuddin 
Nama PanggilanDr Say Shazril, Dr. Say
Tarikh Lahir17 Oktober 1988
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanDiploma International Baccalaureate, Kolej Mara Seremban
MBBS, MSU-Bangalore India
PekerjaanDoktor, Model, Influencer
Akaun Media SosialInstagram @say_shazril
Facebook @say.shaharuddin
Youtube @sayorlack
TikTok say_shazril0

Kehidupan Peribadi

Dr Say Shazril merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Beliau memiliki diploma International Baccalaureate  di Kolej Mara Seremban selama 2 tahun, dan kemudian menjalani kursus perubatan MBBS selama 5 tahun di MSU-Bangalore India.

Dr Say Shazril telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan hati, Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Aezriel, Sefriel, dan Zeqriel.

Anak sulungnya, Aezriel atau Ace, disahkan oleh doktor bahawa menghidap autism tahap sederhana (mild autism).

Dr Say Shazril
Kredit: Instagram @say_shazril

Kerjaya & Profesional

Sebelum Dr Say Shazril menjadi seorang doktor perubatan, beliau aktif menjadi model editorial, peragaan mahupun komersial. Bahkan suatu ketika dahulu, beliau pernah beberapa pertandingan badan cantik.

Sepanjang bergelar doktor, beliau pernah berkhidmat sebagai housemanship di Hospital Serdang, pegawai perubatan (MO atau Medical Officer) di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu, dan terkini meruapakan freelance medical doktor di beberapa klinik swasta.

Freelance medical doktor bermaksud mereka tidak terikat dengan mana-mana hospital/klinik serta dibayar berdasarkan waktu jam bekerja klinik/hospital yang memerlukan doktor ganti sementara.

Dr Say Shazril Tinggal Anak Seminggu Dengan Maid?

Terbaru, Dr Say sekali lagi berdepan detik cemas apabila pembantu rumah beliau dikatakan bertindak kasar ketika menjaga anak bongsunya yang masih berusia 10 bulan. Menerusi rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV), ada memaparkan tindakan pembantu rumah terbabit membiarkan anak ketiganya tergantung dalam tempoh yang lama sehingga si kecil itu kelihatan tidak bermaya.

Apa yang lebih mencemaskan adalah apabila wanita warga asing itu juga menggoncang badan serta menekan dada bayi tersebut berulang kali.

Mengulas lanjut tentang isu tersebut, Dr Say berkata kemungkinan ianya berpunca selepas kedua-dua pembantu rumahnya, warga Filipina dan Indonesia itu menukar tugasa mereka.

Maid Indonesia pada awalnya hanya jaga anak ketiga saya, manakala maid Filipina jaga anak sulung dan anak kedua serta kemas rumah sebab dua anak pergi ke sekolah.”

“Masa saya dan isteri pergi ke Jepun, maid Filipina pandai-pandai tukar role kononnya nak bagi maid Indonesia tu biasakan dengan anak pertama dan kedua.”

“Tapi makan dirinya sendiri sebab jaga baby kena perhatian sepenuhnya. Mungkin dia ‘koyak’, jadi buat kekerasan pada anak ketiga saya.” ujar Dr Say.

Mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya itu, mereka selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Untuk makluman anda ketika kejadian tersebut berlaku, Dr Say dan isteri sedang berada di Pulau Pinang atas urusan kerja dan isterinya tergerak hati untuk melihat CCTV yang ada di dalam rumah.

Rentetan dari kejadian tersebut, beliau telah mengambil tindakan dengan menamatkan perkhidmatan pembantu rumah tersebut dan memulangkannya kembali kepada agensi.

Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak agensi dan kedutaan Filipina bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, Dr Say juga pernah viral dengan berkongsi video di mana pembantu rumahnya membawa masuk lelaki asing ke dalam rumah.

@say_shazril0

Atas kelalaian sy. Banyak kecaman, nasihat & teguran yg sy terima & sy terima dengan hati terbuka untuk sy perbaiki diri sy. Sy bernasib baik anak sy tiada kecederaan atau kecacatan kekal & sy hargai setiap kata2 anda semua. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua & again my sincerest apology for the mistakes that i have done.

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Fakta Menarik Mengenai Dr Say Shazril

Kredit: Instagram @say_shazril
  • Beliau pernah dinobatkan sebagai pemenang Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023.
  • Dr. Say dikatakan satu-satunya doktor yang pernah mengungguli pertandingan bina badan suatu ketika dahulu.
  • Beliau pernah dilantik menjadi atlet rasmi serta duta kepada Mesotropin, iaitu syarikat pengeluar produk makanan tambahan dan vitamin popular.
  • Beliau telah mengumumkan perletaka jawatannya sebagai seorang pegawai perubatan kerajaan di salah sebuah hospital kerajaan pada tahun 2017.
  • Dr Say Shazril adalah seorang pelajar yang cemerlang dengan mendapat keputusan 9A dalam SPM 2005.
  • Beliau pernah mengacarakan rancangan Tanya Doktor di Astro Prima.
  • Terbaru, Dr Say bakal tampil di kaca televisyen sebagai commentator tetap bersama Siti Khadijah Halim, dan Hariz Hamdan dalam program WHO’S YOUR BRO.

Tahniah Dr Say Shazril! Semoga perkongsian anda di media sosial untuk menyedarkan masyarakat tentang kesihatan dapat menambah pengetahuan dan memberi inspirasi kepada semua.

Sumber:

  1. Instagram @say_shazril
  2. TikTok say_shazril0
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut