Koleksi Doa Untuk Majlis Yang Ringkas & Mudah Dibaca (Rumi)
Doa Pembuka Majlis sudah menjadi kebiasaan bagi kita dalam memulakan sesuatu majlis.
Tujuan bacaan doa pembuka majlis adalah bagi memohon keberkatan dan dipermudahkan urusan majlis tersebut.
Kebiasaannya seorang Ustaz atau wakil akan ditugaskan untuk mengetuai bacaan doa ini.
Galakan Membaca Doa
Saranan untuk memulakan sesebuah majlis dengan bacaan doa turut disebutkan oleh Imam an-Nawawi Rahimullah Ta’ala.
Imam an-Nawawi Rahimahullah Ta‘ala menyebutkan bahawa antara akibat daripada sesuatu majlis yang kosong daripada mengingati Allah SWT itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.” – (Hadis riwayat Abu Daud)
Bacaan doa pembuka majlis tidak semestinya perlu dalam Bahasa Arab 100%, sebaliknya boleh dicampurkan dengan bacaan dalam Bahasa Melayu asalkan doa tersebut boleh difahami dan mempunyai maksud yang baik.
BACA JUGA: Panduan Solat Hajat – Niat & Doa Lengkap (JAKIM)
Koleksi Doa Untuk Majlis
Berikut ialah koleksi Doa untuk Majlis/Doa Pembuka Majlis / Doa Majils Umum yang dikongsikan oleh JAKIM untuk panduan semua:
Doa Pembuka Majlis:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،
وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa
Doa Majlis Umum 1:
MUAT TURUN PDF:
Doa Majlis Umum 2:
MUAT TURUN PDF:
Doa Majlis Umum 3:
MUAT TURUN PDF:
Koleksi Doa untuk Pelbagai Majlis Rasmi
Berikut juga dikongsikan KOLEKSI DOA-DOA YANG BOLEH DIBACAKAN DALAM PELBAGAI ACARA RASMI:
Format Membaca Doa Di Majlis Rasmi Kerajaan
Mukadimah Doa Dan Penutup
Doa hendaklah dimulakan dengan lafaz istiazah dan basmalah diikuti pujipujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Contohnya: اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
Penutupan doa digalakkan dengan permohonan kebaikan di dunia dan akhirat serta selawat seperti contoh berikut :
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
Isi Kandungan Doa
- Teks doa hendaklah mengandungi permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis berkenaan diikuti dengan permohonan untuk keselamatan dan kesejahteraan umum.
- Setiap perenggan doa sebaik-baiknya disebut nama- nama Allah ( Asma al Husna ) dan sifat-sifat Allah sesuai dengan perkara yang dipohon seperti Ya Rahman Ya Rahim.
- Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas, pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa kesejahteraan yang ditujukan kepada Seri Paduka Baginda sendiri sebagai satu penghormatan kepada pemimpin agama Islam paling tinggi dalam negara.
- Isi kandungan doa juga boleh dibaca dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan hadirin dan majlis tersebut.
Masa Pembacaan Doa
- Pembacaan doa bagi majlis rasmi hendaklah dilakukan pada permulaan majlis dan tidak melebihi 3 minit.
- JAKIM – Panduan Doa Rasmi
- Jakim – Panduan Doa Rasmi 2