Berikut kami kongsikan senarai doa untuk anak anda, beserta bacaan rumi, makna dan manfaatnya buat panduan bersama.
Sebagai seorang ibu atau bapa, anak-anak merupakan satu pemberian daripada Allah S.W.T yang sangat bernilai. Oleh itu, menjaga anak-anak sehingga mereka menjadi orang yang berguna merupakan satu perkara yang pasti akan cuba dilakukan oleh setiap ibu bapa.
Namun begitu, sebagai seorang manusia, kemampuan kita dalam menjaga anak-anak ini hanya setakat mana yang kita mampu, lebih daripada itu, kita hanya mampu berserah kepada sang Pencipta. Oleh itu, berikut merupakan beberapa doa-doa yang boleh kita baca, bagi memohon pelindungan buat anak-anak kita.
Doa Semasa Bayi Dalam Kandungan
Doa pertama yang akan kami kongsikan adalah doa untuk anak anda yang masih dalam kandungan anda. Doa ini dibaca bagi memohon kesihatan bayi anda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja:
Doa Sewaktu Bayi Baru Lahir
Doa seterusnya yang boleh anda baca buat anak anda adalah selepas mereka tiba di dunia ini. Doa ini boleh dibaca selepas anda mengazankan atau mengiqamatkan bayi anda. Doa tersebut adalah seperti berikut:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ
Bacaan Rumi:
A’uudzu bikalimatillaahi at-taammati min kulli syaithaanin wa haammatin wamin kulli ‘ainin lâmmatin
Makna doa:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Baca juga: Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil
Doa Anak Soleh/Solehah
Doa seterusnya ini, merupakan doa yang boleh anda amalkan sehingga anak anda dewasa. Doa ini juga merupakan sejenis doa yang sering diamalkan Nabi Ibrahim a.s bagi memperoleh zuriat yang baik-baik:
Bacaan Rumi :
Doa Pertama: Rabbi Habli Minasshaalihiin
Doa Kedua: Rabbij’alnii Muqiima Sshalaawaati Waminzzurriyyatii Rabbanaa Waataqqabbal du’aa’
Baca juga: Doa Untuk Anak Perempuan – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah
Doa untuk Perlindungan Anak
Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan anak dan inginkan anak dijauhkan sebarang ganggguan syaitan, anasir jahat dan sebagainya. Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.
Jadi anda boleh amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini, dalam kehidupan seharian anda agar anak kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T:
Doa Anak Cerdik Pandai
Ibu bapa yang inginkan kejayaan buat anak mereka, anda juga boleh membaca doa ini untuk anak anda:
Bacaan Rumi:
Fafahhamnaahaa sulaymaana wakullan aataynaa hukman wa’ilman wasakhkharnaa ma’a daawuuda aljibaala yusabbihna waalththhayra wakunnaa faa’iliina
Doa untuk Kesihatan Anak
Kesihatan yang baik juga merupakan satu perkara yang sentiasa diinginkan ibu bapa buat anak-anak mereka. Anak yang sihat dapat memberi ketenangan hati. Oleh itu, anda boleh membaca doa ini, agar anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan sihat:
Bacaan Rumi:
Allahumma Rabbannaasi Azhibilba’sasyfi Antasyaafi Laa Syaafii Illa Anta Ssyifaa’anlla Yughadirusaqqmaa.
Diharapkan dengan doa-doa ini, anak-anak kita dapat tumbuh dengan sihat dan menjadi orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.