Doa Selepas Azan dan Maksudnya (JAKIM)

Doa Selepas Azan dan Maksudnya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya kita biasa menonton dan mendengar laungan azan di kaca televisyen, kita pastinya akan perasan bacaan doa selepas azan yang akan di bacakan.

Namun tahukah kita apa maksud bacaan doa selepas Azan ini?

Doa selepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai Azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar Azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.

Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa.

Azan dan Iqamat Dalam Islam

Secara bahasa, azan berarti pemberitahuan atau seruan.

Azan adalah seruan yang berisi perkataan-perkataan tertentu yang memberitahukan bahwa waktu solat fardhu telah masuk.

Seruan azan mengajak orang-orang mukmin untuk segera berkumpul dan menunaikan solat fardhu.

Sementara itu, iqamat bererti bangkit atau berdiri dengan lafaz tertentu yang memaklumkan bahawa jemaah telah siap untuk melaksanakan solat.

Azan yang baik adalah azan yang dilakukan oleh orang yang bersuara lantang, elok lafaz azannya dan merdu suaranya.

Tetapi tidak dialunkan dengan berlagu yang berlebihan sehingga mengubah  makna kalimat-kalimat azan.

Perkara paling utama, kalimat-kalimat azan dan iqamah itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas untuk mengajak manusia manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.

Seruan yang dilakukan daripada hati dan suara yang merdu, InsyaAllah dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

Artikel berkaitan: Surah Yasin Rumi dan Doa Selepas Baca Yasin (Terjemahan)

Bacaan Doa Selepas Azan & Maksudnya

Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:

Doa Selepas Azan

Bacaan dalam Rumi (untuk pemahaman sahaja, sebutan bacaan dalam tulisan Jawi adalah lebih tepat):

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Promosi: Dapatkan Jam Digital Waktu Solat berserta Azan

MAKSUDNYA

Berikut merupakan maksud bacaan doa selepas Azan seperti yang dipaparkan di atas:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Sumber : JAKIM

Kelebihan Doa

Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca (doa azan setelah selesai azan);

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

«Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang didirikan, berikan kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan.» Maka dia akan mendapat syafaatku.

HR Al-Bukhari, 614

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut