Doa Penerang Hati – Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu
Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan keputusan yang sukar, cabaran emosi, keraguan dan sebagainya.
Untuk menghadapi semuanya dengan tenang, kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk melalui doa. Salah satu doa yang dianjurkan untuk diamalkan ialah doa penerang hati.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Doa Abu Darda: Panduan Bacaan Rumi, Makna & Video Bacaan
Doa Penerang Hati
Doa penerang hati biasanya dibaca apabila menuntut ilmu. Salah satu doa penerang hati yang sering dibaca ialah:
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksud: “ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”
Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu
Sebagai penuntut ilmu, berikut ialah beberapa doa penerang hati yang boleh diamalkan. Antaranya;
اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksud: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”
اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksud: “ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ
Maksud: “Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”
اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Maksud: “Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ
Maksud: “Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ
Maksud: “Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu kepadaku dan cucurkanlah Rahmat-Mu untukku, serta ingatkanlah aku tentang apa yang aku lupa, Ya Allah Yang Maha Mempunyai Kemuliaan. ”
اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”
Penjelasan Doa Penerang Hati
Melalui doa penerang hati yang dibaca, kita meminta agar dilapangkan hati, dipermudahkan urusan menuntut ilmu, diberi kefahaman dan sebagainya.
Selain itu, doa penerang hati juga satu ungkapan keinsafan bahawa manusia mengakui ketidaktahuannya dan memohon kepada Pencipta yang Maha Bijaksana untuk memberi petunjuk.
Melalui doa ini, seseorang mengakui keterbatasannya dan memohon kepada Allah SWT untuk memberikan petunjuk dan pengetahuan yang diperlukan.
Apabila kita berdoa penerang hati dengan tulus, kita memohon agar hati kita diselimuti oleh cahaya kebenaran dan kebijaksanaan dari-Nya.
Ia membantu kita untuk memahami keadaan dengan lebih jelas, menangani cabaran dengan lebih bijaksana, dan membuat keputusan yang lebih tepat. Doa ini juga membawa ketenangan dan ketenangan kepada hati yang resah.
Dengan merenungkan makna dan menghayati setiap doa-doa tersebut, kita menjadi lebih dekat kepada pemahaman yang lebih dalam tentang kebijaksanaan dan kehendak Allah SWT.
Adab-Adab Menuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah salah satu tugas utama umat manusia. Dalam agama Islam, menuntut ilmu adalah suatu ibadah yang mulia.
Terdapat adab-adab tertentu yang perlu diikuti oleh para pencari ilmu agar mendapat manfaat dan dipermudahkan urusan memperoleh ilmu yang berkat.
Berikut adalah beberapa adab yang penting dalam menuntut ilmu:
1. Niat yang betul.
Sebelum memulakan proses menuntut ilmu, penting untuk menyucikan niat. Niat yang murni adalah kunci keberkatan dalam menuntut ilmu.
Niatkan mencari ilmu untuk mendapatkan pengetahuan demi meningkatkan ibadah kepada Allah dan memberi manfaat kepada diri sendiri serta masyarakat.
2. Rendahkan Hati.
Rendah hati adalah sifat yang diperlukan dalam menuntut ilmu. Tanamkan kesediaan untuk menerima ajaran dan kritikan daripada guru atau sesama rakan pelajar. Kesombongan hanya akan menghalang proses pembelajaran.
3. Hormati Guru.
Guru adalah sumber ilmu dan pengetahuan. Berikan penghormatan yang sewajarnya kepada guru, baik dalam sikap, perkataan, maupun perbuatan. Dengarkan dengan penuh perhatian dan hargai setiap nasihat yang diberikan.
4. Konsistensi dan Kesabaran.
Pembelajaran memerlukan kesabaran dan konsistensi. Jangan mudah putus asa apabila menghadapi kesulitan atau rintangan. Teruslah berusaha dengan tekun dan sabar, kerana setiap usaha akan mendatangkan hasil.
5. Saling Membantu
Di dalam proses menuntut ilmu, berkongsi ilmu dengan orang lain adalah tindakan mulia. Bantu sesama rakan yang memerlukan bantuan, dan jangan ragu untuk bertanya jika ada yang tidak difahami.
6. Mengamalkan Ilmu.
Ilmu yang dipelajari seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalkan ilmu dengan mengaplikasikannya dalam pelbagai aspek kehidupan.
Dengan mematuhi adab-adab tersebut, proses pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan berkat.
Semoga kita semua menjadi pencari ilmu yang gigih, berakhlak mulia, dan selalu berusaha untuk menjadi lebih baik dalam mengejar kebenaran.